Thursday 17 January 2013

Negara Brunei Darussalam


Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam. (ITQSHB)

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) merupakan sebuah institusi pengajian di peringkat Menengah dan Diploma yang mengabungjalinkan Hafazan AL-Quran dan ilmu-ilmu Al-Quran sebagai dasar disamping matapelajaran yang lain. Kurikulum yang diajarkan di ITQSHHB merangkumi matapelajaran Hafazan Al-Quran, ilmu-ilmu Al-Quran, Ilmu Qiraat, Pengajian Akademik, Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa Arab.


Sejarah Penubuhan
Penubuhan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, adalah atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-46, pada 15hb. Julai 1992.

Penubuhan secara rasmi ITQSHHB telah dilancarkan pada hari Jumaat 08 Rejab 1413H bersamaan 01 Januari 1993M, oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Pada hari pelancaran tersebut seramai 44 orang pelajar lelaki telah diterima memulakan pengajian di kampus sementara Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Blok C12 dan C13, kompleks perumahan Kampung Kiarong. Pada 01 Syaaban 1415 bersamaan 03 Januari 1995 seramai 14 orang pelajar perempuan telah memulakan pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Blok C-3, perumahan kerajaan kompleks perindustrian Beribi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah memperkenankan pembinaan kampus kekal ditapak tanah seluas 20 hektar di Km.2, Jalan Tutong. Pembinaan kampus kekal ini yang menelan belanja lebih kurang 34 juta ringgit.  Perletakan Batu Asas telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah pada hari Sabtu, 17 Zulkaedah 1417H bersamaan 05 April 1997. Bangunan baru Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah siap pembinaannya pada 08hb. Zulkaedah 1420H bersamaan 14 Februari 2000M , dan mula digunakan pada 08hb. Muharram 1421H bersamaan 13hb. April 2000M.


Misi dan Objektif Penubuhan
Misi ITQSHB adalah "Untuk melahirkan huffaz dan pakar Al-Quran yang profesional".


Objektif 


  • Untuk menunaikan dan melaksanakan salah satu daripada tuntutan Fardhu Kifayah.
  • Untuk menambah / melahirkan para Hafiz Al-Quran.
  • Untuk memelihara / menjaga kesucian dan keaslian Al-Quran daripada sebarang perubahan, pindaan dan pengurangan.
  • Untuk menjadikan Hafiz Al-Quran sebagai satu keajaiban bagi pelajar-pelajar ke peringkat tinggi sama ada dalam bidang pengajian Islam mahupun di bidang sains dan teknologi.
  • Untuk mendapatkan kemanfaatan dan syafaat daripada kitab suci Al-Quran.
  • Untuk mewujudkan kerjasama Negara-negara Anggota MABIMS dalam bidang Pengajian dan Penyebaran Al-Quran.
  • Menggerakkan proses pengembangan dan penyebaran Al-Quran dan pengajarannya di kalangan Negara-negara Anggota MABIMS.

SISTEM PENGAJIAN ITQSHHB

KATEGORI A
  • Aliran Sains Peringkat O & A level yang mensyaratkan hafazan 15 Juz Al-Quran di samping mata pelajaran akademik lain.

KATEGORI B
  • Aliran Pengajian Islam / Bahasa Arab peringkat Sijil Pelajaran Ugama ( SPU) & Sijil Tinggi Pelajaran Ugama ( STPU ) yang mensyaratkan hafazan 30 Juz Al-Quran di samping mata pelajaran akademik lain.

SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN KATEGORI 'A' DAN 'B'
  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Lulus peperiksaan penilaian sekolah rendah (PSR) atau yang setaraf dengannya.
  3. Mampu menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran tidak kurang (7) baris dalam tempoh masa 30 minit semasa temuduga.
  4. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik dan lancar semasa temuduga.
  5. Umur tidak melebihi tiga belas (13) tahun pada awal tahun memulakan pengajian di Institut.
  6. Berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi peraturan-peraturan.
  7. Kejayan pemohon tertakluk kepada lulus dalam temuduga.

KATEGORI C
  • Tujuan kursus ini adalah bagi memupuk minat dan menghafaz Al-Quran serta Surah-surah pilihan yang terbuka kepada semua golongan masyarakat.

SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN KATEGORI 'C'
  1. Berumur sekurang-kurangnaya 10 tahun.
  2. Lulus temuduga kemasukan.

KATEGORI D
  • Pengajian Khas ( Braille ) dikhususkan untuk golongan istimewa yang hilang upaya penglihatan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN KATEGORI 'D'
  1. Terbuka kepada golongan istimewa hilang upaya penglihatan .
  2. Lulus temuduga kemasukan.

PERINGKAT DIPLOMA 'AALIYAH QIRAAT
  • ITQSHHB menawarkan pengajian di peringkat Diploma Kebangsaan iaitu Program Diploma 'Aliyah Qiraat kepada calon-calon lepasan Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Brunei-Cambridge GCE O Level atau yang sebanding dengannya.
  • Program Diploma ini akan melatih para Siswa bagi mendalami ilmu Qiraat dan juga memahami ilmu-ilmu Al-Quran yang lain.
  • Para Siswa juga akan dilatih untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran disamping ilmu-ilmu lain seperti Pengajian Islam, Bahasa Arab dan sebagainya.
  • Program Diploma tersebut telahpun mendapat pengiktirafan daripada Pihak Al-Azhar, Republik Arab Mesir.

OBJEKTIF 
  • Menjunjung KItab Suci Al-Quran ke taraf yang tertinggi menurut selayaknya.
  • Meninggikan lagi taraf pengajian Tahfiz Al-Quran dan ilmu-ilmu Al-Quran di Institut sesuai dengan taraf institusi ini sendiri.
  • Melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang yang berkaitan dengan Al-Quran.
  • Menyediakan platform bagi mereka yang berminat untuk mendalami bidang Al-Quran tanpa perlu ke luar Negara.

SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN DIPLOMA 'AALIYAH QIRAAT

  1. Terbuka kepada semua warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam.
  2. Memperolehi pangkat Jayyid sekurang-kurangnya  4 matapelajaran dalam peperiksaan SPU (Sijil Pelajaran Ugama)
atau

  1. Sekurang-kurangnya 4 kredit dalam Brunei Cambridge GCE O Level atau yang sebanding dengannya. Termasuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
  2. Warganegara asing yang berminat dan berkelayakan boleh memohon dengan membuat permohonan bertulis kepada Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


HALA TUJU ITQSHB 

Kemudahan-Kemudahan Yang Terdapat Di ITQSHHB
  • Musolla
  • Blok pentadbiran
  • Blok pengajian
  • Blok perpustakaan
  • Bilik Makmal Sains
  • Bilik Makmal Komputer
  • Dewan Kuliah
  • Bilik Persidangan
  • Blok asrama lelaki
  • Bangunan sementara Asrama Perempuan
  • Gelanggang Futsal bagi pelajar lelaki


 LOGO ITQSHB




Muhamad Syukri b. Sulaiman                             D 20082033779

Mohd Fareez b. Adnan                                      D20082033796

Mohd Jamil b. Zainal Abidin                               D20082033659