Monday, 23 December 2013

Sudahkah anda rancang perjalanan seterusnya?

REHLAH ILMU 2012





Assalamualaikum dan salam sejahtera,

adik-adik ingin ke angkasa, melihat dunia, menjejak kaki di balik benua?

sekiranya jawapannya ya, tidak perlu pening kepala, tenang sahaja, kerana...

berita baik untuk adik-adik, kami di sini sedia menunjukkan jalan ke sana...

hanya luangkan sedikit masa, berbekal minda dan mata pena...



Mengenai laman web ini

Laman www.kamibermuladisini.blogspot.com adalah salah satu inisiatif kami untuk membantu mereka yang masih mencari-cari tempat yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Di sini kami lampirkan sejumlah tempat-tempat pengajian yang masyhur di seluruh dunia, maklumat berkenaannya, cara-cara untuk mendaftar dan ulasan daripada beberapa bekas penuntut dari pusat pengajian tersebut. Justeru, kesemua maklumat ini dapat digunakan oleh pembaca untuk melakukan perbandingan antara pusat-pusat pengajian yang kami nyatakan seterusnya membuat pilihan terbaik daripada kesemuanya.

Laman www.kamibermuladisini.blogspot.com juga adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyempurnakan tugas kami sebagai mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk melakukan kebajikkan sosial kepada masyarakat di bawah penyeliaan pensyarah UPSI, Us Wahibah bin Twahir@H.Tahir menerusi subjek Sejarah Perkembangan Pengajian Islam (SSPI). Justeru, hasil tugasan yang kami sempurnakan ini disamping membantu kami untuk menyelesaikan tugasan yang dituntut, kami harapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh sidang pembaca dan pelawat sekalian.

Blog ini disediakan dan dikendalikan oleh kumpulan kami:

Aminuddin Bin Mohamed (D20082033781)
Fakhrudin Bin Sulaiman (D20082033780)
Mohd Amirul Bin Amran (D20082033795)



1 comment:

  1. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    ReplyDelete