Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei
Darussalam. (ITQSHB)
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji
Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) merupakan sebuah institusi pengajian di peringkat
Menengah dan Diploma yang mengabungjalinkan Hafazan AL-Quran dan ilmu-ilmu
Al-Quran sebagai dasar disamping matapelajaran yang lain. Kurikulum yang
diajarkan di ITQSHHB merangkumi matapelajaran Hafazan Al-Quran, ilmu-ilmu
Al-Quran, Ilmu Qiraat, Pengajian Akademik, Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa
Arab.
Sejarah Penubuhan
Penubuhan Institut Tahfiz Al-Quran
Sultan Haji Hassanal Bolkiah, adalah atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bersempena ulang tahun
Hari Keputeraan Baginda yang Ke-46, pada 15hb. Julai 1992.
Penubuhan secara rasmi ITQSHHB telah
dilancarkan pada hari Jumaat 08 Rejab 1413H bersamaan 01 Januari 1993M, oleh
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah. Pada hari pelancaran tersebut seramai 44 orang pelajar
lelaki telah diterima memulakan pengajian di kampus sementara Institut Tahfiz Al-Quran
Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Blok C12 dan C13, kompleks perumahan
Kampung Kiarong. Pada 01 Syaaban 1415 bersamaan 03 Januari 1995 seramai 14
orang pelajar perempuan telah memulakan pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran
Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Blok C-3, perumahan kerajaan kompleks
perindustrian Beribi.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan
Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah memperkenankan pembinaan kampus
kekal ditapak tanah seluas 20 hektar di Km.2, Jalan Tutong. Pembinaan kampus
kekal ini yang menelan belanja lebih kurang 34 juta ringgit. Perletakan Batu Asas telah
disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah pada hari Sabtu, 17 Zulkaedah 1417H
bersamaan 05 April 1997. Bangunan baru Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji
Hassanal Bolkiah telah siap pembinaannya pada 08hb. Zulkaedah 1420H bersamaan
14 Februari 2000M , dan mula digunakan pada 08hb. Muharram 1421H bersamaan
13hb. April 2000M.
Misi dan Objektif Penubuhan
Misi ITQSHB adalah "Untuk melahirkan huffaz dan
pakar Al-Quran yang profesional".
Objektif
- Untuk menunaikan dan melaksanakan salah satu daripada
tuntutan Fardhu Kifayah.
- Untuk menambah / melahirkan para Hafiz Al-Quran.
- Untuk memelihara / menjaga kesucian dan keaslian
Al-Quran daripada sebarang perubahan, pindaan dan pengurangan.
- Untuk menjadikan Hafiz Al-Quran sebagai satu keajaiban
bagi pelajar-pelajar ke peringkat tinggi sama ada dalam bidang pengajian
Islam mahupun di bidang sains dan teknologi.
- Untuk mendapatkan kemanfaatan dan syafaat daripada kitab
suci Al-Quran.
- Untuk mewujudkan kerjasama Negara-negara Anggota MABIMS
dalam bidang Pengajian dan Penyebaran Al-Quran.
- Menggerakkan proses pengembangan dan penyebaran Al-Quran dan pengajarannya di kalangan Negara-negara Anggota MABIMS.
SISTEM PENGAJIAN ITQSHHB
KATEGORI A
- Aliran
Sains Peringkat O & A level yang mensyaratkan hafazan 15 Juz Al-Quran
di samping mata pelajaran akademik lain.
KATEGORI B
- Aliran
Pengajian Islam / Bahasa Arab peringkat Sijil Pelajaran Ugama ( SPU) &
Sijil Tinggi Pelajaran Ugama ( STPU ) yang mensyaratkan hafazan 30 Juz
Al-Quran di samping mata pelajaran akademik lain.
SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN KATEGORI 'A' DAN 'B'
- Rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Lulus
peperiksaan penilaian sekolah rendah (PSR) atau yang setaraf dengannya.
- Mampu
menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran tidak kurang (7) baris dalam tempoh masa
30 minit semasa temuduga.
- Boleh
membaca dan menulis jawi dengan baik dan lancar semasa temuduga.
- Umur tidak
melebihi tiga belas (13) tahun pada awal tahun memulakan pengajian di
Institut.
- Berkesanggupan
tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi
peraturan-peraturan.
- Kejayan pemohon tertakluk kepada lulus dalam temuduga.
KATEGORI C
- Tujuan
kursus ini adalah bagi memupuk minat dan menghafaz Al-Quran serta
Surah-surah pilihan yang terbuka kepada semua golongan masyarakat.
SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN KATEGORI 'C'
- Berumur
sekurang-kurangnaya 10 tahun.
- Lulus
temuduga kemasukan.
KATEGORI D
- Pengajian
Khas ( Braille ) dikhususkan untuk golongan istimewa yang hilang upaya
penglihatan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan.
SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN KATEGORI 'D'
- Terbuka
kepada golongan istimewa hilang upaya penglihatan .
- Lulus
temuduga kemasukan.
PERINGKAT DIPLOMA 'AALIYAH QIRAAT
- ITQSHHB
menawarkan pengajian di peringkat Diploma Kebangsaan iaitu Program Diploma
'Aliyah Qiraat kepada calon-calon lepasan Peperiksaan Sijil Pelajaran
Ugama Brunei (SPUB) dan Brunei-Cambridge GCE O Level atau yang sebanding
dengannya.
- Program
Diploma ini akan melatih para Siswa bagi mendalami ilmu Qiraat dan juga
memahami ilmu-ilmu Al-Quran yang lain.
- Para Siswa
juga akan dilatih untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran disamping ilmu-ilmu
lain seperti Pengajian Islam, Bahasa Arab dan sebagainya.
- Program Diploma tersebut telahpun mendapat pengiktirafan daripada Pihak Al-Azhar, Republik Arab Mesir.
OBJEKTIF
- Menjunjung
KItab Suci Al-Quran ke taraf yang tertinggi menurut selayaknya.
- Meninggikan
lagi taraf pengajian Tahfiz Al-Quran dan ilmu-ilmu Al-Quran di Institut
sesuai dengan taraf institusi ini sendiri.
- Melahirkan
lebih ramai lagi modal insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang yang
berkaitan dengan Al-Quran.
- Menyediakan platform bagi mereka yang berminat untuk mendalami bidang Al-Quran tanpa perlu ke luar Negara.
SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN DIPLOMA 'AALIYAH QIRAAT
- Terbuka
kepada semua warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang
berugama Islam.
- Memperolehi pangkat Jayyid sekurang-kurangnya 4 matapelajaran dalam peperiksaan SPU (Sijil Pelajaran Ugama)
atau
- Sekurang-kurangnya 4 kredit dalam Brunei Cambridge GCE O Level atau yang sebanding dengannya. Termasuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
- Warganegara asing yang berminat dan berkelayakan boleh memohon dengan membuat permohonan bertulis kepada Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
HALA TUJU ITQSHB
Kemudahan-Kemudahan Yang
Terdapat Di ITQSHHB
- Musolla
- Blok pentadbiran
- Blok pengajian
- Blok perpustakaan
- Bilik Makmal Sains
- Bilik Makmal Komputer
- Dewan Kuliah
- Bilik Persidangan
- Blok asrama lelaki
- Bangunan sementara Asrama
Perempuan
- Gelanggang Futsal bagi pelajar
lelaki
Muhamad Syukri b. Sulaiman D 20082033779
Mohd Fareez b. Adnan D20082033796
Mohd Jamil b. Zainal Abidin D20082033659
ada lagi info yg tidak dimasukkan ....
ReplyDeletelogo/gmbar xbleh di copy terus dr bhn..kena send asing..baru bleh upload..TQ
ReplyDeleteok dah settle..
ReplyDeleteAssalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh,
ReplyDeleteingin bertanya, Apakah Takhassus Qiraat Shoubra Mesir itu adakah terbuka juga permohonannya bagi mpelajar yang bukan dari Sekolah Arab dan Tahfidz??