Saturday, 15 December 2012

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR



 NURUL FADHILAH BT SHAWRI (D20082033787)
NURUL A’IN BT AHMAD ZAKI (D20082033808)
SITI NORBAYA BT ABDUL AZIZ (D20082034028)

NAMA INSTITUSI: UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

  
Mesir sering mendapat perhatian daripada seluruh kelompok di dunia kerana terkenal dengan menghasilkan pelajar Pengajian Islam yang hebat. Universiti Al-Azhar merupakan Institusi Pengajian Islam yang tertua di dunia yang terletak di Mesir, Universiti Al-Azhar dahulunya adalah sebuah masjid pada zaman Kerajaaan Fatimiyyah yang diletakkan batu asas pembinaan Masjid Al-Azhar pada 17 Syaban 358 Hijrah1 dan dinaik tarafkan sebagai universiti pada zaman Khalifah al-Aziz Billah pada 4 April 970 Masihi bersamaan pada tahun 378 Masihi. Universiti al-Azhar  (Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف, adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. 



SEJARAH UNIVERSITI AL-AZHAR


 Al-Azhar mula dibina pada hari Sabtu, 24 Jamadil Awwal dalam tahun 359 Hijrah bersamaan dengan April 970 Masihi. Pembinaannya mengambil masa lebih dua tahun. Ia siap sepenuhnya pada 17 Ramadhan 361 Hijrah atau dalam kalendar Masehi 22 Jun dalam tahun 972. Ia dirasmikan dengan solat Jumaat yang pertama pada 7 Ramadhan 961 Hijrah, sepuluh hari sebelum pembinaanya siap dengan sepenuhnya. Kaherah merupakan pusat pengajian kepada seluruh cawangan-cawangan Universiti Al-Azhar di Mesir. Universiti Al-Azhar di Kaherah merupakan sebuah masjid pada asalnya, iaitu Masjid Al-Azhar yang di ambil sempena nama Fatimah az-Zahra apabila kerajaan Fatimiyyah telah menguasai Mesir pada ketika itu. Masjid al-Azhar ketika itu telah menjadi sebuah pusat yang dibina khas oleh Kerajaan Fatimiyyah sebagai pusat ibadah bagi tentera-tentera yang bermazhab Syiah Ismailiyah.


Pengajian bermula di Al-Azhar pada bulan Ramadan, 975 (Jami'ah) Universiti memiliki fakulti  dalam undang-undang Islam dan perundangan, nahu Arab, Ilmu Falak, falsafah awal Islam, dan lain-lain. Pada abad ke-12, dengan kejatuhan dinasti Shia Fatimid , Sultan Saladin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi'e.  Pada 1961, Al-Azhar dirombak kembali di bawah kerajaan Presiden Mesir ke-2, Presiden Jamal Abdul Naseer dan beberapa fakulti sekular di tambah ke universiti tersebut, seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian. Fakulti wanita Islam turut ditambah pada tahun yang sama.



FALSAFAH DAN DASAR UNIVERSITI AL-AZHAR


 
Antara garis panduan pendidikan Al-Azhar adalah berdasarkan  prinsip dan asas berikut:-
  • Universiti Al-Azhar dibuka untuk semua pelajar Muslim yang ingin mendalamkan pengetahuan mereka Agama Islam dan  melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik tertentu
  •  Universiti Al-Azhar sentiasa cuba untuk mencipta perpaduan intelektual sesama Muslim dari mana-mana dunia Islam. Universiti ini juga berusaha keras untuk mengukuhkan hubungan dan menguatkan kesetiaan mereka kepada agama Islam.
  •  Kurikulum dan aktiviti ilmiah di universiti ini boleh menguatkan hubungan rohani Islam. Universiti juga berminat untuk membimbing umat Islam dan membina kekuatan bagi negara Arab. Ia juga bermatlamat untuk menyemai ajaran Islam dalam hati dan minda orang Islam, selain memelihara bahasa dan budaya untuk manfaat manusia. Selain itu, universiti ini bertanggungjawab dalam mengekalkan Mesir sebagai pusat ilmu Islam bagi orang Islam.
  • Universiti Al-Azhar bertujuan untuk menyediakan Mesir dan dunia Arab serta Islam dengan ulama dan pakar-pakar, yang juga dilengkapi dengan budaya Islam dan moral. Mereka  juga bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat selain memainkan peranan dalam membina negara pada asas kepercayaan dan saintifik.



AKADEMIK/PROGRAM

 FAKULTI MAHASISWA:
 

NEGERI ( MUHAFAZAH )
FAKULTI /KULIAH
KAHERAH                                                        
Usuluddin
  Syariah dan Undang-Undang
   Bahasa Arab ( Lughah )
      Pengajian Islam dan Bahasa Arab
   Dakwah Islamiah
     Tarbiyyah
Bahasa dan terjemah
   Sains
   Perubatan
   Farmasi
   Pergigian
  Kejuruteraan
   Pertanian
 Perniagaan kolej Pengajian Komunikasi   Perniagaan
MANSURAH
   Usuluddin dan Dakwah
    Bahasa Arab
DAMANHUR
   Syariah dan Undang-Undang
ZAQAZIQ
     Usuluddin dan Dakwah
       Bahasa Arab
TANTA
     Usuluddin dan Dakwah
   Syariah dan Undang-Undang
   Al-Quran
DUMYAT
   Pengajian Islam dan Bahasa Arab
SHIBIN EL-KOM
      Usuluddin dan Dakwah
       Bahasa Arab
ITAI EL-BARUD
      Bahsa Arab
TAHFANA
    Syariah dan Undang-Undang

FAKULTI MAHASISWI:
 

NEGERI (MUHAFAZAH )
FAKULTI/KULIAH
KAHERAH
 Pengajian Islam dan Dakwah
  Sains
   Perubatan
     Farmasi
     Perniagaan
   Pengajian Kemanusiaan
MANSURAH
 Pengajian Islam dan Bahasa Arab
ISKANDARIAH ( ALEXANDRIA )
  Pengajian Islam dan Bahasa Arab


GAMBAR FAKULTI MENGIKUT TEMPAT

MAHASISWA:-








 MAHASISWI:-
Contoh bangunan sekolah wanita



PENGALAMAN PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR




PELAJAR 1:-
Beliau adalah Muhammad Alif Junaidi Bin Hj Abdullah. Dilahirkan pada 23/12/1986 Di Hospital Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kini menetap Di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. Mahasiswa Islam Al-Azhar Cawangan Mansurah. Fakulti Usuluddin Dan Dakwah. Jabatan Aqidah Falsafah Tahun 4. Beliau menyatakan kebanyakan rakyat Malaysia memandang rendah kepada pelajar Al-Azhar, bahkan ada yang mengatakan pelajar Al-Azhar kurang berkualiti, tidak pandai bercakap, pendiam, apabila disuruh menjadi imam dan lain-lain. Beliau tidak menolak seratus peratus dakwaan tersebut namun beliau berpendapat terdapat juga pelajar lepasan Al-Azhar yang berbakti kepada Islam dan tanah air tercinta.
Oleh yang demikian, beliau mengajak kepada sahabat-sahabat semua untuk sama-sama kita bangkit menolak semua dakwaan ini. Kita perbetulkan kembali bahawasanya pelajar lepasan Al-Azhar mampu dan boleh menerajui kempimpinan Islam di tanah air. Tambahnya lagi, cara pengajian di Masjid Al-Azhar awalnya pada setiap tiang di dalam masjid menjadi tempat dimana guru atau Syeikh duduk memberikan ilmu bagi setiap mata pelajaran, seperti ilmu Hadis, Al-Quran, Falsafah, Tauhid, Fiqah, dan banyak lagi. Kebanyakan pelajar dahulu mereka mempelajari semua bidang yang diajar untuk menjadi ulama terbilang. Kebiasaannya waktu belajar mereka bermula dari lepas subuh ke zuhur dan dari asar hingga ke malam.

PELAJAR 2:-
Seorang pelajar Amir Saifuddin Mdzuki, pelajar tahun tiga Usuluddin Takhassus Tafsir, Universiti al-Azhar, Kaherah, pengajian di Universiti Al-Azhar tidak membebankan, kerana yuran yang dikenakan amat murah. Yuran yang dikenakan bagi kos Syariah sebanyak LE93.25 bersamaan dengan RM190 matawang Malaysia. Yuran setahun sebanyak RM190 bukan merupakan masalah utama dalam kewangan. Masalah utama pelajar yang belajar di Kaherah ini adalah taraf hidup yang tinggi di kawasan tersebut. Pelajar-pelajar Pengajian Islam yang belajar di Universiti al-Azhar Kaherah telah mula tinggal di rumah sewa setelah dua tahun menginap di rumah anak-anak negeri. Rumah sewa di Kaherah agak tinggi dan setiap tahun harganya akan meningkat naik.86 Rumah sewa yang paling murah di Kaherah ialah sebanyak LE1000 sebulan dan sebanyak LE12000 setahun. Menetap di Kaherah sekurang-kurang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM500 matawang Malaysia setiap bulan.



ANTARA KEISTIMEWAAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR
  •   Perpustakaan
*perpustakaan terbesar
*mempunyai pelbagai jenis buku dalam pelbagai bidang
*terdapat dalam beribu-ribu salinan buku/hadith dan lain-lain



  •  3 menara azan di Masjid Al-Azhar  
 




        




           

1 comment:

  1. Salam..sblm dpt masuk kuliah ada imtihan qabul kan?kalau xlulus kena msk markaz bahasa setahun..bayarannya brapa ya?imtihan qabul ada brapa pangkat untk lulus dan minimum pangkat brapa?mohon pencerahan

    ReplyDelete