Friday 14 December 2012

Institut al–Maktoum



Nama kumpulan :

1.      Azwani Bt Elias (D20082033783)
2.      Asmaq Bt Mohd Nawi (D20082033793)
3.      Liyana Bt Shamsudin (D20082033809)


1.      NAMA INSTITUSI :

·         INSTITUT AL – MAKTOUM ( AL – MAKTOUM INSTITUTE )


2.      SEJARAH, VISI DAN MISI:

·         Institut al–Maktoum adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di dearah Dundee, Scotland. Institusi ini merupakan institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang–bidang yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Walaupun demikian, Institut  al – Maktoum ini bukanlah sebuah organisasi agama. Institusi ini diasaskan oleh Shaikh Hamdan bin Rashid Al–Maktoum dan nama institusi ini diambil sempena nama keturunan pengasas institusi ini. Shaikh Hamdan merupakan pegawai pentadbiran Dubai dan juga Menteri Kewangan bagi Emiriah Arab Bersatu. Misi beliau menubuhkan institusi ini ialah untuk membuka pandangan dan pemikiran masyarakat tentang konsep  kepelbagaian budaya. Menurut beliau, konsep ini sangat penting tambahan pula Institut al – Maktoum ini yang terletak di Negara Scotland  yang mengamalkan konsep ‘one nation and many cultures’[1]


3.      FALSAFAH :

·   Mendidik generasi sarjana baik, nasional mahupun internasional dalam pengajian Islam untuk membolehkan mereka menghadapi cabaran dan peluang dunia yang pelbagai pada abad ke-21.
·         Mempromosikan pemahaman berkenaan dengan Islam dan perananya dalam dunia yang baru.
·     Menjadi penghubung atau menjadi jambatan antara masyarakat pada semua peringkat di seluruh dunia dan berbeza-beza budaya dan agama.


4.      AKADEMIK :

·         Pengajian Islam ( Islamic Studies )
·         Pendidikan Islam ( Islamic Education )


5.      PROGRAM:

·         Pengajian Islam ( Islamic Studies
·         Pengajian Baitul Maqdis dan Jerusalem ( Bayt al –maqdis & Jerusalem Studies )
·         Muslim, Globalisasi serta Barat (  Muslims, Globalisation & the West )
·         Kepelbagaian Budaya ( Multiculturalism )
·         Pendidikan Islam ( Islamic Education )
·         Undang–Undang Islam ( Islamic Law )
·         Pembangunan, Islam & Dunia Muslim ( Development, Islam & the Muslim World )
·         Jantina dan Islam ( Gender & Islam )
·         Etika–Etika Islam ( Islamic Ethics )
·         Praktikal Etika & Islam ( Practical Ethics & Islam )
·         Kewangan & Perbankan Islam ( Islamic Banking & Finance )


6.      PENEMPATAN :

·         Asrama disediakan.
·         Bagi pelajar yang kurang berkemampuan akan tinggal diluar asrama kerana kos asrama tinggi.


7.      KEMUDAHAN:

·       Perpustakaan yang banyak menempatkan karya-karya yang utama dalam bidang pengajian Islam dan bahasa arab.
·         Komputer untuk kegunaan pelawat.
·         Surau untuk memudahkan solat, tempat belajar.
·         Bilik diskusi


8.      SISTEM:

·         Sebagai pensyarah yang telah bekerja di mana-mana institusi pengajian tinggi awam yang terdapat di Malaysia, pembiayaan untuk melanjutkan pengajian adalah sepenuhnya ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, JPA dan pihak Universiti sendiri secara keseluruhan
·         Pelajar Ijazah Sarjana mempunyai tugasan coursework iaitu kelas pengajian dan tesis
·         Pelajar PHD keseluruhannya bergantung atas penyelididikan.


9.      PENGALAMAN:

Dr. Ibrahim bin Hashim

·         Pengalaman melanjutkan pengajian di Institut al-Maktoum adalah pengalaman manis kerana perkara tersebut merupakan hasrat beliau iaitu ingin melanjutkan pengajian di institusi-institusi asing bagi menimba pengalaman baru setelah menamatkan pengajian di peringkat Master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Namun begitu, adalah menjadi rencah dalam menuntut ilmu akan ada dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi bagi melayakkan beliau memegang gelaran Doktor dalam bidang pengajian Islam (Pemikiran Pendidikan Islam).


10. FAKTOR MENYAMBUNG PENGAJIAN DI UNITED KINGDOM

· Melanjutkan pengajian di Negara asing adalah dapat bergaul dengan masyarakat yang majorotinya bukan daripada Malaysia di samping penggunaan bahasa pengantar yang berbeza yang boleh menjadikan penguasaan bahasa asing mahasiswa lebih mantap dan berkualiti. 

· Mahasiswa berpeluang untuk berkongsi pengetahuan dengan golongan bukan Islam akan tetapi mereka mengkaji berkenaan dengan Islam dan mahasiswa berpeluang untuk bertanyakan pendapat mereka berkenaan dengan agama Islam.

· Beliau memilih institut pengajian al-Maktoum ialah kerana terdapat banyak fakulti yang menawarkan pengajian Islam. 

· Beliau mendapati terdapat banyak pensyarah-pensyarah di sana adalah berasal daripada Negara Arab dan boleh mempelajari bahasa Arab dengan lebih baik di samping penggunaan bahasa inggeris yang amat perlu bagi kegunnan di sana. 

· Antara faktor yang penting beliau memilih untuk menyambungkan pengajian di institut al-Maktoum adalah kerana sistem pengajian di Negara-negara Eropah adalah lebih maju dari segi teknologi, metodologi pengajian dan penyelidikan sebagai contoh dalam bidang PHD hanya memfokuskan kepada penyelidikan sahaja dan tidak mempunyai kuliah-kuliah pembelajaran. 

Faktor yang terakhir yang menyebabkan beliau memilih institut pengajian tersebut adalah untuk berkongsi ilmu dan mendalami pendapat para pengkaji Islam yang bukan beragama Islam kerana majoriti orang yang berada di sana adalah bukan beragama Islam namun mereka banyak mengkaji berkenaan dengan Islam.



[1] Diperoleh daripada http://www.almi.abdn..ac.uk  pada  10 Disember 2012.

No comments:

Post a Comment