Friday 14 December 2012

Universitas Islam Riau (UIR)




NAMA AHLI KUMPULAN:

1. NAIMAH BT.UJIL (D20082033792)

2. NOR ASMA’ BT. YUSOF (D20082033793)

3. NOORHAIDATUL ASMAH AB.RAHMAN (D20082033798)




      Kami telah memilih Universitas Islam Riau ( UIR) sebagai institusi jaringan pengajian Islam. Sebagaimana yang kami ketahui, universiti tersebut mempunyai pengaruh besar tentang pengajian Islam dan sepenuhnya ilmu yang diterapkan berunsurkan Islam. Kami telah menemu bual seorang alumni graduan universiti tersebut untuk berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang menuntut ilmu di universiti tersebut.


1.    NAMA INSTITUSI:

 Universitas Islam Riau (UIR)


2.    VISI

“Menjadikan Universiti Islam Riau yang unggul dan terkemuka di Asia Tenggara pada tahun 2020”


3.    MISI

Menyelenggarakan pendidikan dan penelitian yang berkualiti untuk membangun pembangunan nasional; Pengabdian kepada masyarakat yang selaras dengan falsafah Universiti, Menumbuhkan dan kembangkan kehidupan akademik yang sihat serta membangun pengembangan ilmu pengetahuan, teknologi dan humanis dengan wawasan keIslaman dan ke Indonesiaan; serta berperanan aktif dalam menciptakan.


1.    MATLAMAT DAN TUJUAN
  1. Membentuk manusia yang berbudi luhur dan ikhlas sepanjang ajaran agama Islam yang dipertuturkan, mempunyai keinsafan dan sifat bertanggungjawab tentang kesejahteraan masyarakat Indonesia khususnya, dunia pada umumnya, dalam mengamalkan ilmu pengetahuan, senantiasa dalam beriman kepada Allah dan Rasul – Nya.
  2. Mengusahakan dan memajukan Ilmu Pengetahuan.
  3. Menyelenggarakan dalm usaha membangun, memelihara, dan mengembangkan hidup masyarakat sepanjang zaman mengikut ajaran Islam yang telah ditetapkan


2.    SISTEM PENGAJIAN

·         Fakulti Undang-Undang
·         Fakulti Tarbiah


3.    BIDANG PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN:

Ø  Fakultas Agama Islam
Ø  Fakultas Ekonomi
Ø  Fakultas Hukum
Ø  Fakultas Ilmu Komunikasi
Ø  Fakultas Pertanian
Ø  Fakultas Psikologi
Ø  Fakultas Teknik
Ø  Fisipol
Ø  Fkip


4.    ETIKA PELAJAR

Ø  Setiap pelajar wajib mematuhi peraturan yang terdapat di Universitas Islam Riau.
Ø  Setiap pelajar perlu menjaga akhlak dan tingkah laku dan tidak melakukan kerosakan dan menimbulkan kekacauan.
Ø  Pelajar tidak boleh mengganggu pentadbiran universiti.
Ø  Pelajar dilarang mengambil, merosak dan menggunakan harta universiti tanpa kebenaran.
Ø  Pelajar dilarang menghina atau mengancam warga universiti.
Ø  Pelajar dilarang membawa benda tajam ke dalam kampus.


5.    PENGALAMAN

1)      Bazrul Bin Bahaman

Beliau merupakan penuntut universiti tersebut bermula pada tahun 1988 hingga 1991 dalam kursus Bahasa dan Sastera iaitu di dalam fakulti pendidikan. Ketika beliau menuntut di Universiti Islam Riau, pengalaman yang boleh di kongsi sepanjang bersama kami ialah, beliau telah banyak mempelajari selok-belok tentang agama Islam di Indonesia. Setiap subjek yang di pelajari di sana tidak banyak perbezaan seperti di Malaysia. Di Universiti Islam Riau mengekalkan subjek agama Islam seperti Tamadun Islam, Islam Morfologi dan Falsafah Islam. Setiap subjek yang di ambil itu mempunyai dua bahagian. Sebagai contoh Islam Morfologi iaitu melibatkan kajian tassawur iaitu terdapat ilmu feqah dan ilmu tauhid. Belajar di sana juga, beliau menceritakan masa pembelajaran begitu teratur dan mengikut masa yang ditetapkan.

Dari segi budaya pula, beliau menceritakan pelajar Universitas Islam Riau mematuhi setiap peraturan dan undang-undang universiti. Setiap pelajar lelaki dan perempuan tidak boleh bersama walaupun ketika menaiki bas ke kuliah. Begitu juga ketika mengendalikan program, pelajar lelaki dan perempuan tetap tidak boleh bersama. Kebanyakkan pelajar lelaki ketika itu melebihi pelajar perempuan. Yuran  pengajian juga sangatla murah dan membolehkan pelajar belajar dengan sempurna serta tiada sebarang masalah. Bagi pelajar miskin,mereka akan di berikan biasiswa pendidikan. Ketika itu, pengasas yang mengendalikan semua itu adalah Zaini Kunin seorang ulamak yang banyak berjasa ketika itu.

No comments:

Post a Comment