Friday 14 December 2012

Institusi Ma'ahad Fathul Islami



LATAR BELAKANG INSTITUSI

Institusi Ma'ahad Fathul Islami telah diasaskan pada tahun 1957 oleh Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfur yang merupakan salah seorang ulama’ Mazhab Hanafi yang terkenal di kota Damascus satu ketika dahulu. Beliau merupakan ayah kepada pengetua (Mudir) Qisim Takhassus sekarang iaitu Dr. Hussamuddin Farfur. Bangunan ataupun lokasi pertamanya Ma'ahad Fathul Islami adalah terletak di kawasan berhampiran Pasar Hamidiyah. Kemudiannya, kedudukan lokasinya telah diubah dan  terletak di Jamek Bilal, di kawasan Sinaah (lelaki) dan Jamek Ayyub Al- Ansari di kawasan Zahirah Jadidah (perempuan). Institut ini juga adalah salah sebuah institusi pengajian swasta.

Ma’ahad ini adalah dianggap sebagai institusi pengajian maahad yang terbaik di Damascus kerana sukatan pelajaran yang tinggi dan mengutamakan disiplin para pelajar. Insitusi ini dikendalikan oleh seorang pengetua (mudir) merangkap Mufti bagi Mazhab Hanafi di Damascus iaitu Dr. Abdul Fatah Bazzem. Seperti kebanyakan Ma’ahad Syarie’ yang lain, pengajiannya dijalankan pada sebelah pagi. Manakala, Ma’ahad ini berpegang kepada Mazhab Hanafi sepenuhnya.


VISI DAN MISI


  VISI 

Membangunkan Ummah untuk menjunjung tinggi syariat Islam berdasarkan Al-Qur’an dan Al Sunnah untuk memenuhi falsafah Pendidikan Islam dan Negara.

 MISI  


Ke Arah melahirkan insan yang Beriman, Berilmu dan Bertaqwa   


MATLAMAT

Matlamat Penubuhan Ma’ahad al-Fathul al-Islami adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang pakar pada  ilmu agama dan mampu membaca dan memahami kitab-kitab turat serta wujudnya pada seorang pelajar tersebut akhlak yang mulia sepertimana yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Manakala, ilmu yang telah dimiliki dijadikan sebagai bekalan pada suatu hari nanti untuk disampaikan kepada orang lain yang tidak mengetahuinya.


SISTEM PENGAJIAN

Sistem Pengajian yang dilaksanakan di Ma’ahad al-Fathul al-Islami adalah selama enam tahun. Pembelajaran akan bermula dari tahun satu sehinggalah ke tahun enam. Manakala, dalam setahun pengajiannya akan dijalankan kepada dua semester sepertimana sistem yang telah dilaksanakan pada institusi-institusi di Malaysia. Pelaksanaan Semester Pertama akan bermula pada pertengahan bulan september dan berakhir sekitar penghujung bulan januari. Kemudian, pada Semester Kedua pula akan bermula pada awal bulan dua sehingga akhir bulan lima. Hari pengajian bagi setahun adalah selama 122 hari dan cuti musim panas adalah selama dua bulan setengah.
            Waktu pengajian bagi ma’ahad al-Fathul al-Islami adalah pada sebelah pagi iaitu akan  bermula pada jam 7.30 pagi dan akan berakhir pembelajarannya pada jam 2.00 petang. Kemudian, pada pukul 2.15 petang sehingga 7.30 malam mengikut jadual yang di tetapkan. Manakala, pengajian yang dijalankan selama lima hari dalam seminggu yang akan bermula dari hari Ahad sehingga khamis, cuti mingguan pula akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada hari Jumaat dan juga Sabtu. Waktu pengajian pada bulan Ramadhan pula akan dikurangkan sebanyak 3 jam dalam sehari. Bagi nisbah kehadiran dipermulaan tahun pertama mestilah sebanyak 50% ke atas. Kemudian, Tahun kedua sebanyak 70% dan Tahun ketiga sebanyak 80%.
            Peperiksaan diadakan sekitar bulan Jun selama sebulan bagi tahun satu dan dua, manakala bagi tahun tiga dan pengajian Master peperiksaan pada sekitar bulan Jun dan Julai. Peperiksaan pula akan dijalankan setahun sekali dan mempunyai ujian ulangan (daur thani) bagi mata pelajaran yang tidak lulus. Yang mana, akan jalankan sebulan selepas keputusan peperiksaan (natijah) diumumkan. Pelajar tidak akan dinaikkan ke tahun seterusunya jika gagal lebih dari empat mata pelajaran (madah)[1].
Sukatan Pelajaran Ma'ahad Fathul Islami akan permula pada tahun pertama hingga tahun enam. Pengajian pula akan mengikut mata pelajaran yang telah dikhususkan sepertimana pada jadual tersebut.

Bil
Mata Pelajaran Tahun 1
Mata Pelajaran Tahun 2
Mata Pelajaran Tahun 3
1.
Al-Quran 29-30
Al-Quran 27-28
Al-Quran 25-26
2.
Tafsir
Tafsir
Tafsir
3.
Al-hadis As-Syarif
Al-hadis As-Syarif
Al-hadis As-Syarif
4.
Fiqh (hanafi)
Fiqh (hanafi)
Fiqh (hanafi)
5.
Tauhid
Tauhid
Tauhid
6.
Nahu
Nahu
Nahu
7.
I'rab
I'rab
I'rab
8.
Akhlak
Akhlak
Akhlak
9.
Al-Mahfuzat(Matan Jauharah dan Bad'ul-Amali)
Al-Mahfuzat(Rahabiyyah dan Baiquniyyah)
Al-Mahfuzat
10.
Al-Qiraah
Al-Qiraah
Mustolah Hadis
11.
Imlak dan Khat
Imlak dan Khat
Imlak dan Khat
12.
Matematik
Matematik
Matematik
13.
Geografi
Geografi
Geografi
14.
Tarikh(sejarah)
Tarikh(sejarah)
Tarikh(sejarah)
15.
Sains
Sains
Sains
16.
Tarbiyyah Qaumiyyah(sosiologi)
Tarbiyyah Qaumiyyah(sosiologi)
Tarbiyyah Qaumiyyah sosiologi)
17.
Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris
18.
Ta'bir (karangan)
As-Sirah
Balaghah
19.
Adab Arabi
Khitobah
Mata Pelajaran Tahun 4
Bil
Subjek
Kitab
Pengarang
1
Fiqh-juzuk 1,2
Ikhtiyar Lita'lil Mukhtar
Imam Musili Al-Hanafi
2
Hadis
Bulughul Maram
Ibnu Hajar Al-Asqalani
3
Akhlak
Risalah Al-Qusyairiah
Abdul Karim Hawazin
4
Nahu
Syarah Ibnu Akil-juzuk 1
Ibnu Aqil
5
Saraf-Bab 1
Syazul Uruf
Sheikh Ahmad Hamlawi
6
Usul Fiqh
Muzhib Fi Usul Al-Mazhab
Dr. Waliyuddin Farfur
7
Usul Hadis
Syarah Matan Baiquniyah
Sheikh Abdullah Sirajuddin
8
Ahwal Syakhsiah
Fawaid Al-Aliyyah
Sheikh Muhammad Qadari Basyar
9
Sirah
Fiqh Sirah
Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi
10
Balaghah
Balaghah Wadhihah
Sheikh Ali Al-Jarumi dan Sheikh Mustaffa Amin
11
Al-Arudh
Al-Mizan Al-Zahab
Dr. Ahmad Hashimi
12
Tauhid
Syarah Shawi Fi Jauharah At-Tauhid
Sheikh Ahmad bin Mohd Al-Maliki As-Shawi
13
Faraidh
Rahabiyyah Ala Mazhab Syafiiyah
Sheikh Rahabiyyah
14
Tafsir
Tafsir Nasafi
Sheikh Abdullah b. Ahmad Nasafi
15
Sastera
Tarikh Al-Adab Al-Arabi
Sheikh Ahmad Hassan Ziyad
Mata Pelajaran Tahun 5
Bil
Subjek
Kitab
Pengarang
1
Al-Quran
Tilawah Dan Tajwid
2
Al-Quran (Hafazan)
(Al-Baqarah)
3
Tafsir
Tafsir Ayat Ahkam
Dr. Mohd Ali Sayyis
4
Hadis-Bab Ibadat (tathbiqiyyah)
Syarah Bulughul Muram
Dr. Nuruddin Al-Itr
5
Fiqh 3-4
Ikhtiyar Lita'lil Mukhtar
Imam Abdullah Bin Mahmud Al-Mausili
6
Usul Fiqh
Ifadhatul Anwar
Al-Imam Muhammad Bin Ali Al-Hasqawi
7
Mustalah Hadis
Muqaddimah Ibnu As-Solah
Al-Imam Ibnu As-Solah
8
Nahu
Syarah Ibnu Akil 3-4
Imam Abdullah Bin Aqil
9
I'rab
Panduan daripada Ustaz dan Praktikal
10
Sorof
Syazal Arf Fi Al-Fan As-Sorf
Sheikh Ahmad Hamlawi
11
Usul Nahu
Al-Iqtirah
Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti
12
Balaghah
Al-Ma'ani Balaghah Fi Dhauil Quran Wal Sunnah
Sheikh Dr Abd Fatah Lashin
13
Mantik
Idhah Mubham
Sayid Ahmad Ad-Damanhuri
14
Tauhid
Syarhul Aqaid An-Nasafiyyah
Al-Imam At-Taftazani
15
Akhlak
Risalah Al-Qusyairiah syamail al muhammadiyyah
Imam qusyairi
Sayid Abdullah Sirajuddin
Maktabah (Science Library)
Lamahat Fi Al-Maktabah wal-Bahsi wal-Masadir
Dr. Muhammad
16
Adab
Tarikh Al-Adab Al-Arabi
Sayid Ahmad Hasan Az-Zayyat
17
Khutbah
Panduan daripada Ustaz dan Praktikal
Dr. Mustafha Sayid Al-Khin
Sayid Muhammad Lutfi Al-Fayyumi
18
Arudh
Mizan Az-Zahab
Sayid Ahmad Al-Hashimi
19
Ulum Al-Quran
Ulum Al-Quran Al-Karim
Dr Nuruddin Al-Itr
20
Faraidh
Syarah As-Sirajiyyah
Imam Ali Bin Muhammad Al-Jurjani
21
Fizik Kimia
Teks Maahad
Ustaz Muhammad Bassam Al-Kharrat
22
English
Project English Three Oxford Universiti Press
Tom Hutchinson
Mata Pelajaran Tahun 6
Bil
Subjek
Kitab
Pengarang
1
Fiqh-Juzuk 3,4
Ikhtiyar Lita'lil Mukhtar
Imam Musili Al-Hanafi
2
Hadis-ahwal syakhsiyyah
Bulughul Muram (Usrah Dan Kemasyarakatan)
Ibnu Hajar Al-Asqalani
3
Akhlak
Risalah Al-Qusyairiah
Abdul Karim Hawazin
4
Saraf-Bab 3
Syazul Uruf
Sheikh Ahmad Hamlawi
5
Nahu
Mughni Labib
Ibnu Hisyam Al-Ansari
6
Mantik
Dhawabit Makrifah
Sheikh Abdul Rahman Al-Habannakah
7
Usul Fiqh
Syarah Taudhih Ala Tanqih
Sheikh Abidullah Mas'ud Mahbubi
8
Usul Hadis
Usul Hadis
Ibnu Salah
9
Ahwal Syakhsiah
Al-Fawaid
Sheikh Muhammad Qadari Basyar
10
Balaghah
Dalailul Ikjaz
Sheikh Abdul Qahir Al-Jurjani
11
Usul Nahu
Al-Iqtirah
Imam Jalaluddin As-Sayuti
12
Tauhid
Al-Aqaid An-Nasafiyyah
Imam Nasafi
13
Faraidh
Syarah Rahabiyyah
Sheikh Muhammad Adnan Darwiysh
14
Tafsir
Tafsir Ayat Ahkam
Dr. Mohd Ali Sayyis
15
Sastera
Tarikh Adab Arabi
Sheikh Ahmad Hassan Ziyyad
16
Usul Dakwah
Manhaj Dakwah
Nota Dokto

Manakala, bagi sukatan pengajian untuk ijazah sarjana muda pula yang dinamakan (Qisim Takhasus) dilaksanakan dengan bercorak kaedah sistem pengajian Jamiah. Yang mana, telah mengendalikan pengajian selama 4 tahun. Qisim takhassus ini ditadbir oleh anak kepada Syeikh Solah Farfur iaitu Dr. Hussamuddin Farfur yang merupakan salah seorang ulama’ yang disegani di Damascus. Antara sukatan pengajian yang dilaksanakan di ma’ahad tersebut :

1.      Syariah.
2.      Usuluddin.
3.      Syariah dan Undang-undang. (lelaki sahaja)
4.      Sastera Arab.
5.      Sejarah dan Ketamadunan.
6.      Pengajian Islam dan Bahasa  Arab.
7.      Kewartawanan dan Penerangan.
8.      Qiraat.
9.      Ekonomi Islam.
Manakala, sukatan Pengajian peringkat Master pula ialah :
1.        Bahasa Arab
2.        Usuluddin
3.        Syariah
4.        Dakwah (dalam pelbagai bahasa)



Nurfariza bt Hawari                        D20082033794
Aida Yusrina bt Mohammed Yunus  D20082033803
Siti Norhidayah bt Suaaid                D20082033806

1 comment: