Saturday 15 December 2012

UNIVERSITY OF OXFORD,UK


Ahli Kumpulan
NIK ALIANI NIK ADEEB SANUSI (D034106)
SITI NAJIBAH GHAZALI (D034044)
WAN LYDIA SOFIA WAN MOHAMAD SOFIAN (D033799)




University pertama adalah University Oxford. Semua org tau university ni kan?  Yang tertua. Either it’s a fact or lies, kena la kaji kan.. J The best and no 1 kat dunia.. J nak join or be part of this university tersgt lah susah.. maka beruntungla sape2 yg dpt jadi student or lecture kat cni… TAPI yg bestnya.. UO ne ade tawarkan PENGAJIAN ISLAM.. wahh teruja x? J sejarahnya boleh la dibaca di http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Oxford
Jom tgk tentang PENGAJIAN islam yg ditawarkan J





UNIVERSITY OF OXFORD,UK
Ø  PUSAT PENGAJIAN ISLAM OXFORD- OXFORD CENTRE ISLAMIC STUDIES(OCIS)

FAKULTI TEOLOGI
Falsafah Agama, Etika, dan Sains dan Agama.
Pengukuhkan penyelidikan dalam Pengajian Agama-agama, terutama dalam agama Hindu, Islam dan Agama Ibrahim. Fakulti ini mempunyai pusat penyelidikan dalam Pemikiran Moden Eropah dan Teologi, Reception Alkitab, Etika, dan Sains dan Agama.

Bagaimana untuk Memohon:
Tarikh akhir bagi kursus ini adalah 18 Januari dan 8 Mac 2013. KESISWAAN permohonan mesti dikemukakan oleh tarikh akhir Januari.
Set standard bahan-bahan yang anda perlu menghantar dengan apa-apa permohonan untuk kursus penyelidikan terdiri daripada:
  • Satu cadangan penyelidikan,
  • CV / Resume,
  • Tiga (3) sebutan akademik, dan
  • Transkrip rasmi memperincikan kelayakan peringkat universiti dan tanda-tanda anda ke tarikh.
Sebagai tambahan kepada dokumen standard di atas, pemohon DPhil dalam Teologi perlu menyediakan dua (2) esei akademik yang berkaitan atau sampel bertulis lain daripada kelayakan yang paling terkini mereka daripada 2,000 perkataan, atau ekstrak 2,000 perkataan kerja yang lebih lama.
Sila ikuti arahan terperinci di dalam Panduan Permohonan, dan berunding laman web Teologi bimbingan tambahan.

1)    Pengalaman pengajian: Anak Melayu Pertama Yang Menjadi Pensyarah di UNIVERSITY OF OXFORD,UK


Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga di kenali sebagai Shaykh Afifi merupakan KFAS Felo dalam Pengajian Islam di Oxford Centre  for Islamic Studies dan Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies di Faculty of Theology, University of Oxford, dan merupakan Fellow of Worcester College, Oxford. Beliau merupakan orang Melayu pertama yang di berikan jawatan tersebut di Universiti terkenal dunia ini. Beliau juga mendapat liputan media yang meluas di seluruh pelusuk dunia.

Dr. Al. Akiti juga tersenarai dalam Top 500 muslim paling berpengaruh pada 2010.  Manakala pada 2011 pula Dato' Dr Afifi Al-Akiti telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak di mana ia membawa kepada pangkat "Dato'".

Walaupun tidak berkhidmat di negara sendiri, tapi pengorbanan beliau berkhidmat untuk agama lebih besar di sana. Semoga khidmat beliau di sana membuka mata barat tentang islam dengan lebih meluas. Dengan pengetahuan beliau dapat menterjemahkan pelbagai kita-kitab lama untuk agama dan bangsa masa kini.

BIODATA BELIAU

Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti
  • Di lahirkan di Batu Gajah, Perak.
  • Mendapat pendidikan asas di beberapa sekolah selangor, sekolah pondok dan madrasah.
  • Berumur 34 tahun (2012)
  • Mampu menguasai 7 Bahasa iaitu:    
ü  Bahasa Melayu
ü  Arab
ü  Perancis
ü  Inggeris
ü  Jerman
ü  Klasik Barat  (Latin dan Yunani)


No comments:

Post a Comment