Friday 14 December 2012

UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN


INSTITUSI : UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN

 

1.0       SEJARAH UNIVERSITI YARMOUK

Universiti Yarmouk atau nama singkatannya YU (Yarmouk Univesity) adalah sebuah universiti di Jordan. Ia terletak di bahagian utara Jordan iaitu sebuah kawasan yang memiliki kadar populasi yang tinggi dan ianya terletak di tengah-tengah pertemuan jalan yang menghubungkan Jordan, Syria, turki dan Eropah malah meluas hinga ke Selatan Aqabah. Ia ditubuhkan pada 24 Jun 1975. Pada 9 Oktober 1976, Universiti Yarmouk telah menerima kemasukan lebih kurang 640 orang mahasiswa dan mahasiswi.

Universiti ini mempunyai beberapa perkongsian antarabangsa dengan universiti  di luar negeriDalam program bersama Tempus, pelajar antarabangsa dari Brandenburg Technical University telah melakukan penyelidikan di  Universiti Yarmouk sebagai pelajar pertukaran. Universiti Yarmouk adalah sebuah agensi kerajaan yang dibiayai, tetapi menikmati tahap autonomi. Hal ini ditetapkan oleh Dewan Pembina untuk ahli yang dilantik dengan Keputusan Majlis Tertinggi bagi memenuhi syarat tertentu.

Universiti Yarmouk juga mempunyai Sekolah Menengah Swasta di Kampus iaitu sebuah institusi yang sepenuh di bawah jagaannya. Sekolah ini disebut sebagai Model Sekolah Universiti Yarmouk (YUMS), walaupun sekolah tersebut menikmati tahap autonomi dari Universiti tersebut, namun penerimaannya terhad kepada kakitangan Universiti dan ahli akademik yang lain. Di samping itu, sekolah ini mempunyai kod etika berpakaian yang telah diluluskan oleh pihak universiti Yarmouk sendiri. Dalam tempoh tahun sebelum ini, terdapat beberapa pelajar daripada lulusan perniagaan iaitu kelulusan yang sangat terkenal seperti Younis Al Qawasmi, Osama Khater dan Sa'ad Farah.

Tidak dapat dipastikan pada tahun berapa Universiti Yarmouk tidak mampu menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai lebih-lebih lagi pelajar perubatan, oleh itu ia dipecahkan. Sebuah bagunan khas dibina untuk bidang perubatan dan pergigian dan atas persetujuan pihak yang terlibat, bidang kedoktoran dan perubatan Universiti Yarmouk dikenali sebagai Jordan of University Science & Technology (JUST). Oleh yang demikian, Universiti Yarmouk terus didesak pihak tertentu untuk diluaskan bidangnya sehingga sekarang terdapat keseluruhan bidang, tidak terkecuali satu pun, ianya termasuklah Bidang Pengajian Islam, Agama, Art, Adab, Tarbiah, Fizik, Kimia, kedoktoran, Kejuruteraan, Pendidikan Sekular, dan banyak lagi namun yang diiktiraf Kerajaan Malaysia adalah JUST (Kedoktoran, Pergigian dan Fizik), Pengajian Islam dan Tarbiah Islamiah sahaja.

Universiti Yarmouk bercita-cita untuk menawarkan lebih banyak jurusan bagi memenuhi pelbagai keperluan di negara Jordan dan masyarakat Arab. Pada tahun 2001 Universiti Yarmouk meraikan kejayaannya dalam Majlis Jubli Perak selama 25 tahun berdiri teguh sebagai universiti terbaik dan selepas itu pada tahun 2006 Universiti Yarmouk dirayakan selama 30 tahun pendiriannya. Pada tahun 2010, Universiti Yarmouk merayakan 34 tahun kewujudan, dan mungkin akan merayakan 35 tahun menjadi sebuah universiti di beberapa titik pada tahun 2011.


2.0       VISI DAN MISI

Dasar universiti Universiti Yarmouk  bertujuan untuk mencapai visi dan misi yang sesuai  mengikut sistem dan  nilai-nilai teras yang menentukan identiti  Universiti sebagai sebuah institusi pengajian. Ia juga berusaha untuk memajukan ilmu pengetahuan dan penyelidikan dan berusaha untuk mencipta persekitaran yang sesuai untuk mencapai kecemerlangan pelajar dan perkhidmatan untuk Negara yang tercinta.

Visi Universiti Yarmouk adalah untuk menjadi sebuah Universiti yang terkemuka dan menjadi model di peringkat kebangsaan dan peringkat daerah. Universiti Yarmouk juga berusaha untuk mencari inovasi, kreativiti dan keunggulan bagi menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan dan penyelidikan ilmiah serta kajian saintifik yang sesuai dengan peringkat antarabangsa[1].

Manakala Misinya pula adalah menjadi Universiti yang unggul dalam pengajaran, penyelidikan dan pengabdian masyarakat melalui program pendidikan yang berkaitan dengan pembangunan. Kelulusan generasi yang berbeza-beza dalam kalangan pelajar yang  bersenjatakan  ilmu pengetahuan dan nilai-nilai asli mampu mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam menghadapi perkembangan zaman, dan persaingan di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

3.0       AKADEMIK

Dari segi kurikulum, Universiti Yarmouk menawarkan pelbagai kursus bermula Ijazah sarjana muda sehingga Ijazah Kedoktoron. Seperti universiti-universiti lain, kursus-kursus tersebut dibahagikan kepada kepada beberapa fakulti. Antaranya Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Fakulti teknologi kejuruteraan, fakulti sains bumi dan alam sekitar, fakulti sains maklumat dan teknologi komputer, fakulti pendidikan dan sebagainya.

Antara kursus yang ditawarkan dalam fakulti Syariah dan pengajian Islam adalah kursus pengajian Islam, Usuluddin, Fiqh, ekonomi dan perbankan dan sebagainya. Selain itu, Fakulti teknologi maklumat dan sains komputer pula menawarkan kursus sains komputer, sistem maklumat komputer dan sebagainya. Selain daripada itu, fakulti sains bumi dan Alam sekitar pula menawarkan kursus Sains Biologi, Sains Fizik, Sains Kimia,

 Sains Matematik dan sebagainya. Selain itu, terdapat banyak lagi fakulti dan bidang pengajian yang terdapat di Universiti Yarmouk. Sekarang Universiti Yarmouk mempunyai 12 pengajian tertinggi yang melibatkan 55 jurusan di program Sarjana, 63 di program master dan 18 di Ph.D. program yang mempunyai 31.000 mahasiswa pascasarjana di bawah sampai semester pertama 2010/2011 dan mahasiswa pascasarjana 91000 sampai dengan semester pertama 2008/2009.

 

4.0       YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI YARMOUK

Dari segi yuran pula, pelajar hendaklah membayar Yuran kemasukan sebanyak RM300 untuk semester pertama sahaja. Kemudian pelajar hendaklah membayar sebanyak RM4000 sekiranya memasuki Pusat Bahasa.

Selain itu, pelajar hendaklah membayar RM210 bagi setiap semester dan RM 288 bagi setiap mata pelajaran. Sekirannya pelajar mengambil 6 mata pelajaran setiap semester, maka bayarannya adalah RM 210 + (RM 288 x 6) bersamaan dengan RM 1938. Jadi bagi setiap semester Yuran pengajian yang dikenakan adalah RM 1938 dan tidak termasuk dengan Kos makan Minum dan juga kos tempat tinggal. Menurut Responden, keseluruhan pembiayaan di sana agak mahal dan ini menjadi punca ramai Pelajar dari Malaysia lebih cenderung untuk belajar di Mesir berbanding Jordan.

 

5.0       PENGALAMAN PELAJAR YARMOUK

Ustazah Hanan Fitriah yang merupakan bekas pelajar di Universiti tersebut. Selama 5 tahun berada di Universiti Yarmouk, beliau telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis semasa menuntut ilmu disana. Pengalaman dalam menuntut ilmu itu bermula apabila beliau mengikuti kursus bahasa di pusat bahasa atau lebih dikenali dengan markaz lughah yang terletak di Universiti Amman. Menurut beliau, ini adalah salah satu persediaan sebelum beliau mengikuti satu lagi markaz lughah yang diatur oleh Universiti Yarmouk sebelum mengikuti kursus sebenar dalam bidang yang diambil.

            Menurut beliau, para pelajar yang terlibat dengan kursus ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan mereka yang berwarga Negara Malaysia hanyalah seramai 4 orang termasuk beliau. Walaupun mereka pelajar di sebuah Negara Arab, namun mereka masih belum mampu untuk bertutur dalam bahasa arab dengan baik kerana mereka baru sahaja di peringkat permulaan. Oleh itu, salah satu kesukaran yang timbul pada ketika ini adalah kesukaran untuk berkomunikasi. Masalah ini turut diakui oleh beliau yang mengalami masalah yang sama. 

Selain itu juga, beliau juga telah menceritakan pengalamanya ketika tahun pertama memasuki kuliah di Universiti tersebut. Beliau tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diterangkan oleh pensyarahnya ketika sesi kuliah berlansung sehingga beliau pernah menangis disebabkan perkara tersebut. Namun begitu, masalah tersebut dapat diatasi apabila beliau berusaha untuk membaca sendiri kitab-kitab serta meminta pertolongan rakan lain untuk menerangkannya. Setelah beberapa bulan mengikuti kuliah tersebut, beliau dapat merasakan bahawa pemahaman terhadap bahasa arab bertambah sedikit demi sedikit sehingga beliau dapat bertutur dalam bahasa arab dengan baik pada tahun tiga pembelajaran.

Pada waktu ini, pelajar  yang baru mengikuti pengajian di Yarmouk turut meminta pertolongannya dalam pembelajaran terutama dalam menterjemah kitab-kitab arab sebagaimana yang dilakukannya pada tahun satu dahulu. Kesan daripada itu juga membuatkan hubungan mereka bertambah rapat serta beliau sendiri  sedikit sebanyak mampu untuk mengingatkan kembali apa yang telah dipelajari pada tahun pertama satu ketika dahulu. 

Di Universiti Yarmouk, beliau telah menggunakan rumah yang dikenali sebagai rumah negeri. Di sini mereka akan menempatkan pelajar daripada malaysia sahaja. Menurut responden, perjalanan untuk pergi ke Universiti juga agak mudah kerana penempatan yang disediakan untuk pelajar adalah berhampiran dengan Universiti. Perjalanan daripada rumah pelajar ke Universiti tersebut hanya memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja dengan berjalan kaki.

Menurut responden  lagi, penempatan sebegitu ada baik dan buruknya. Kebaikannya adalah mudah untuk berkumpul bersama  rakan-rakan serta merapatkan lagi hubungan mereka diantara rakan-rakan. Manakala keburukannya pula adalah, para pelajar sukar untuk berdikari dan berkomunikasi dalam fasahah dengan baik. Ini kerana mereka tidak mengambil peluang untuk tinggal bersama-sama pelajar yang berlainan bangsa yang mampu untuk meningkatkan kemahiran pertuturan mereka dalam bahasa arab.

 

Nama ahli:
Dahliya bt Muri D20082033677
            Nurul Hazwani bt Bharim D20082033802
            Aini Masyitah bt Adnan D20082033805
            Abqariyyah bt Ghazali D20091035787





1 comment:

  1. Bagaimana masyarakat disana dan bagaimana tmpt disana???

    ReplyDelete