Friday 14 December 2012

UNIVERSITI QATAR



PENDAHULUAN

Negara Qatar merupakan sebuah negara emirat di timur tengah yang terletak di sebuah semenanjung kecil di Jazirah Arab. Qatar terletak di antara  Arab Saudi dan Teluk Persia. Doha merupakan ibu negera Qatar dan menjadi sebuah wilayah yang pesat dengan ekonomi, social dan keilmuan. Kebanyakan penduduk Qatar beragama Islam. Selain etnik Arab, Qatar juga banyak terdiri daripada ekspatriat yang bekerja di Qatar dalam industri minyak. Kebanyakan Muslim di Qatar mengikuti aliran Islam Sunnah, sedangkan yang mengikuti Syi'ah hanya 3 %. Sedangkan penganut Kristian kebanyakan berasal dari ekspatriat asal Eropa yang bekerja di Qatar. Pada beberapa tahun ini, pemerintah Qatar member perhatian yang besar terhadap pendidikan. Pemerintah Qatar telah membangun sekolah dari peringkat kanak-kanak sehingga ke peringkat universiti. Beberapa universiti Amerika Serikat telah membuka cabangnya di Qatar dengan sokongan Qatar Foundation, diantaranya adalah Carnegie Mellon University, Georgetown University School of Foreign Service, Texas A&M University, Virginia Commonwealth University, dan Cornell University's Weill Medical College. Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani telah membentuk Dewan Pendidikan Qatar pada tahun 2002.


SEJARAH UNIVERSITI QATAR

Pada tahun 1973, Qatar telah menubuhkan Universiti Pendidikan Kebangsaan yang pertama yang diasaskan oleh Emir Qatar. Beliau telah meletakkan visi pendidikan sebagai keutamaan dalam perkembangan negara. Pada tahun pertama penubuhan universiti terdapat seramai 57 lelaki dan 93 pelajar perempuan.

Perbangunan negara yang pesat memerlukan perkembangan pengkhususan bidang yang lebih luas selaras dengan dengan keperluan masyarakat di Qatar. Oleh itu, pada tahun 1977 Universiti Qatar telah membuka empat bidang baru iaitu Pendidikan, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Syariah, Undang-undang & Pengajian Islam dan Sains. Seterusnya pada tahun1980 telah dibuka bidang kejuruteraan diikuti dengan bidang Perniagaan. Selain itu, ditambah pula dengan Program Farmasi kepada portfolio akademik pada tahun 2006 yang pertama di Qatar dan kemudian ditubuhkan sebagai kursus farmasi pada tahun 2008.

Pada hari ini, Universiti Qatar mempunyai tujuh program yang ditawarkan iaitu sastera dan sains, perniagaan dan ekonomi, pendidikan, kejuruteraan, undang-undang dan farmasi dan syariah dan pengajian Islam. Penubuhan universiti ini telah mencapai bertahun-tahun lalu ditambah pelbagai program yang sejajar dengan keperluan yang semakin meningkat untuk pasaran semasa. Penuntut pada masa ini telah mencecah seramai 8000 mahasiswa dan seramai 30,000 alumni Universiti Qatar.

Pada tahun 2003, Universiti Qatar telah memulakan Pelan Pembaharuan bagi meningkatkan kecekapan proses pentadbiran dan akademik. Pelan ini adalah salah satu Pelan Strategik universiti seluruh 2010-2013 yang telah dilancarkan dengan mengabungkan Key Performance Areas. Pelan ini bergabung untuk memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan pendidikan berkualiti dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Pelan ini juga meletakkan penyelidikan dan khidmat masyarakat sebagai kawasan keutamaan selaras dengan matlamat yang digariskan dalam misi dan visi universiti.

Perkembangan lain berkaitan Universiti Qatar adalah akreditasi mencari kolej dan program-program selaras dengan kualiti piawaian antarabangsa dan kecemerlangan, yang mana ia telah mempunyai beberapa kejayaan.


MISI

Universiti Qatar adalah komuniti intelektual dan ilmiah yang dicirikan dalam perbincangan secara terbuka, saling bertukar idea, perbahasan hormat, dan komitmen kepada tugasan. Semua ahli Universiti - fakulti, kakitangan dan pelajar dijangka untuk memajukan nilai ilmiah dan sosial yang termaktub oleh universiti.


VISI

Universiti Qatar hendaklah menjadi model sesebuah Universiti Kebangsaan di rantau ini, yang diiktiraf dalam pendidikan dan penyelidikan yang berkualiti tinggi dan menjadi peneraju pembangunan ekonomi dan sosial.


MATLAMAT

Universiti Qatar adalah institusi pendidikan tinggi di Qatar. Ia menyediakan pelbagai program yang berkualiti tinggi kepada prasiswazah dan siswazah untuk menjadikan graduan berwawasan yang akan membentuk masa depan Qatar. Universiti Qatar mempunyai pelbagai fakulti yang menjalankan penyelidikan, dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi dan menyumbangkan keperluan kepada masyarakat secara aktif.


OBJEKTIF


  1. Menyediakan graduan yang berwawasan dengan menyediakan pendidikan berkualiti tinggi.
  2. Menjalankan kualiti penyelidikan dengan menangani cabaran kontemporari dan kemajuan pengetahuan.
  3. Mengenal pasti dan memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat.
  4. Memberi sokongan dan kemudahan yang cekap dan berkesan kepada misi akademik dan mengekalkan persekitaran yang menyokong komuniti universiti.


KEMUDAHAN

Universiti Qatar menyediakan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi untuk memperkayakan pengalaman kepada pelajar, fakulti, kakitangan dan masyarakat Qatar. Jabatan aktiviti menyediakan empat kemudahan yang berbeza melalui pengendalian kemudahan. Dua kemudahan sukan dan dua yang lain adalah rekreasi. Mahkamah dan kemudahan terletak di kawasan yang dikelilingi oleh kehijauan ( taman ) dan berdekatan dengan bangunan akademik untuk memudahkan penggunaan antara kelas atau mesyuarat.


AKADEMIK

Antara program pengajian yang ditawarkan di Universiti Qatar ialah program yang ditawarkan ialah program Ijazah Sarjana Muda ( Degree ). Selain daripada itu, Universiti Qatar juga mempunyai Institusi Pengajaran Bahasa Arab bagi orang yang bukan berbangsa Arab yang diperuntukkan  bagi calon mahasisiwa yang belum mampu berbahasa Arab dengan baik. Seluruh peluang pendidikan terbuka luas untuk seluruh warga asing.


            Selain itu, antara pecahan fakulti yang terdapat di Universiti Qatar ialah yang pertama Fakulti Seni dan Sains. Antara jurusan yang di tawarkan di fakulti ini ialah Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Sejarah, Hal Ehwal Antarabangsa, Komunikasi Massa, dasar perancangan dan pembangunan, sosiologi, kerja sosial, psikologi, sains perubatan, Biologi, kimia, sains persekitaran, pemakanan manusia, statistik, sains sukan dan kesihatan awam. Setiap bidang yang ditawarkan di bawah semua fakulti telah ditetapkan samada terbuka untuk pelajar perempuan sahaja, lelaki sahaja dan kedua-duanya sekali. Bahasa pengantar yang digunakan bagi setiap program adalah bahasa Inggeris dan bahasa Arab sahaja.

              Fakulti kedua yang terdapat di Universiti Qatar ialah Fakulti Bisnes dan ekomoni. Hanya empat program sahaja yang ditawarkan di bawah fakulti ini, antaranya ialah Perakaunan, Kewangan, pengurusan dan pemasaran. Program yang ditawarkan menumpukan bidang-bidang yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi atau syarikat. Ini kerana, jurusan yang ditawarkan di bawah fakulti ini hanya mengfokuskan perkara yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi. Bahasa pengantar yang digunakan di bawah fakulti ini hanyalah bahasa Arab dan semua program yang ditawarkan di bawah fakulti ini menawarkan peluang terbuka kepada pelajar perempuan dan lelaki. Hal ini akan memberi peluang yang sama rata antara pelajar perempuan dan juga lelaki bagi menyambung pelajaran dalam bidang bisnes dan ekonomi.

               Fakulti ketiga yang ditawarkan ialah fakulti Pendidikan. Fakulti ini di dirikan bertujuan untuk melahirkan para pendidik yang berwibawa dan berkualiti. Jurusan yang ditawarkan dalam fakulti ini adalah bermula dengan pendidikan rendah sehinggalah ke pendidikan peringkat menengah. Jurusan yang ditawarkan di bawah fakulti ini meliputi semua aspek pendidikan iaitu bermula dengan pendiikan awal kanak-kanak, belajar bahasa arab, matematik da sains, Inggeris dan pendidikan Islam. Pendidikan Islam perlu diambil di bawah jurusan pendidikan menengah. Di bawah jurusan inilah ditekankan mengenai pendidikan Islam. Selain itu juga, jurusan ini terbuka kepada pelajar perempuan dan lelaki serta bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Arab. Jurusan pendidkan rendah hanya dibuka kepada pelajar perempuan sahaja dan bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeris. 


                 Seterusnya Fakulti keempat yang ditawarkan di Universiti Qatar ialah fakulti Kejuruteraan. Fakulti ini didirikan adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam jurusan kejuruteraan. Antara jurusan yang ditawarkan adalah Seni bina, Kejuruteraan Kimia, kejuruteraan Awam, kejuruteraan komputer dan sebagainya. Kesemua jurusan yang ditawarkan adalah meliputi semua kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan kejuruteraan. Hal ini adalah untuk melahirkan jurutera-jurutera yang berkemahiran tinggi kerana jurusan yang diperkenalkan adalah mengkhususkan kepada kemahiran kejuruteraan tertentu. Bagi jurusan di bawah fakulti ini, bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeri dan kesemua jurusan ditawarkan kepada pelajar perempuan dan lelaki mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

                  Manakala fakulti yang kelima yang ditawarkan oleh Universiti Qatar ini adalah fakulti Undang-undang. Jurusan di bawah fakulti ini adalah meliputi kesemua undang-undang yang harus dipelajari terutamanya undang-undang Islam. Ekoran daripada itu, jurusan ini akan menekankan mengenai undang-undang dan hukum-hukum Islam yang seharusnya dipelajari bagi melahirkan seorang peguam yang mengikut syariat Islam. Jurusan ini terbuka kepada pelajar perempuan dan juga pelajar lelaki. Bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Arab sahaja. Ini kerana ia hanya terbuka kepada pelajar Arab dan beragama Islam khususnya. Seterusnya fakulti Farmasi. Fakulti ini hanya terbuka kepada pelajar perempuan sahaja dan bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, jurusan ini terbuka kepada pelajar yang beragama Islam dan warga asing.

                  Seterusnya, fakulti yang terakhir yang ditawarkan adalah fakulti Syariah dan Pengajian Islam. Fakulti ini merupakan fakulti terakhir yang didirikan di Universiti Qatar. Fakulti ini di dirikan bertujuan untuk mempelajari ilmu-ilmu agama Islam khususnya Syariah dan Pengajian Islam serta mempelajari dengan teliti ilmu tersebut dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian sehingga boleh melahirkan graduan yang terkenal dalam bidang pengajian Islam mahupun ilmu-ilmu lain yang berkaitan denganya. Jurusan ini terbuka kepada pelajar yang beragama Islam sahaja dan terbuka kepada pelajar perempuan serta pelajar lelaki. Tambahan lagi, bahasa pengantar yang digunakan hanyalah bahasa Arab sahaja. Fakulti ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan-graduan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai pengajian Islam dan Syariah bagi membawa dan membantu umat Islam mengharungi pelbagai cabaran dan masalah yang serba canggih dan sukar.



PENUTUP

Hasil daripada kajian ini, kami dapat memperoleh pelbagai manfaat. Antaranya ialah kami dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang Universiti Qatar. Sebagai contoh, kami dapat mengetahui tarikh penubuhan Universiti tersebut dan tujuan penubuhannya.  Selain itu, kami juga dapat banyak maklumat yang berkaitan Universiti seperti cara permohonan untuk berjaya masuk ke Universiti Qatar serta program-program yang ditawarkan di Universiti tersebut.

Selain itu, maklumat yang kami dapat sangat memberi implikasi positif kepada kami untuk menjadi melanjutkan pelajaran di Universiti Qatar pada masa akan datang. Kami juga dapat menilai bagaimana sistem pangajian di Universiti Islam Madinah dengan Universiti-universiti yang terdapat di Malaysia. Sistem pangajian di Universiti Qatar dengan Universiti yang terdapat di Malaysia sememangnya berbeza.

Seterusnya, maklumat yang kami dapat ini juga telah menaikan semangat kami untuk terus menuntut ilmu ke luar negara terutamanya di Universiti Qatar dalam mendalami pengajian Islam khususnya. Malah, kajian ini juga menarik minat kami untuk menyambung pengajiannya di luar negara pada masa akan datang setelah pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


CADANGAN

Cadangan kami untuk meningkatkan sistem pengajian Islam di Malaysia ini ialah dengan menjadikan sistem yang diamalkan di Universiti Qatar sebagai salah satu sistem yang boleh diguna pakai di negara Malaysia. Hal ini kerana, sistem yang digunakan oleh Universiti Qatar lebih sistematik dan berkesan. Perkara ini dapat dilihat melalui kebijaksanaan graduan-graduan yang lahir dari Universiti Qatar, yang keseluruhan berkualiti dari segala aspek ilmu agama dan cara pemikirannya.






NORHAFIZAH BINTI MOHD SHAMSURI                D 20082033668
NUR KYAIRUNNISA BINTI ARIFFIN                       D 20082033660
SITI FARHANA BINTI MD NON                               D 20082033801

12 comments:

  1. saya nak tanye soalan. boleh ke nak sambung degree dekat qatar university after habis study asasi dekat malaysia?

    ReplyDelete
  2. salam nak tanya , macam mana saya nak apply university qatar ?

    ReplyDelete
  3. Macam mn nak apply ke universiti qatar ni. Pliss tlg reply, thanks,

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..macam mane nk apply degree universiti qatar?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..macam mane nk apply degree universiti qatar?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,mcmn nak apply master di uni qatar?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,mcmn nak apply master di uni qatar?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, macam mana nak apply degree di uni qatar ?

    ReplyDelete
  9. Ye.. saya teringin sangat nk apply uni qatar.. mcm mana ye nak apply ?

    ReplyDelete
  10. Ye saya pun teringin nak sambung degree di uni qatar.. mcm mana ye nak apply ? Please give me answer

    ReplyDelete