Institusi Ma'ahad Fathul Islami telah diasaskan pada tahun 1957
oleh Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfur yang merupakan salah seorang ulama’ Mazhab
Hanafi yang terkenal di kota Damascus satu ketika dahulu. Beliau merupakan ayah
kepada pengetua (Mudir) Qisim Takhassus sekarang iaitu Dr. Hussamuddin
Farfur. Bangunan ataupun lokasi pertamanya Ma'ahad Fathul Islami adalah
terletak di kawasan berhampiran Pasar Hamidiyah. Kemudiannya, kedudukan
lokasinya telah diubah dan  terletak di Jamek Bilal, di kawasan Sinaah
(lelaki) dan Jamek Ayyub Al- Ansari di kawasan Zahirah Jadidah (perempuan).
Institut ini juga adalah salah sebuah institusi pengajian swasta.
Ma’ahad ini adalah dianggap sebagai institusi pengajian maahad yang
terbaik di Damascus kerana sukatan pelajaran yang tinggi dan mengutamakan
disiplin para pelajar. Insitusi ini dikendalikan oleh seorang pengetua (mudir)
merangkap Mufti bagi Mazhab Hanafi di Damascus iaitu Dr. Abdul Fatah Bazzem.
Seperti kebanyakan Ma’ahad Syarie’ yang lain, pengajiannya dijalankan pada
sebelah pagi. Manakala, Ma’ahad ini berpegang kepada Mazhab Hanafi sepenuhnya.
VISI DAN MISI
  VISI 
Membangunkan Ummah untuk menjunjung tinggi
syariat Islam berdasarkan Al-Qur’an dan Al Sunnah untuk memenuhi falsafah
Pendidikan Islam dan Negara.
MISI
Ke Arah melahirkan insan yang Beriman,
Berilmu dan Bertaqwa   
MATLAMAT
Matlamat Penubuhan Ma’ahad al-Fathul al-Islami
adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
pakar pada  ilmu agama dan mampu membaca
dan memahami kitab-kitab turat serta wujudnya pada seorang pelajar tersebut
akhlak yang mulia sepertimana yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Manakala,
ilmu yang telah dimiliki dijadikan sebagai bekalan pada suatu hari nanti untuk
disampaikan kepada orang lain yang tidak mengetahuinya.
SISTEM
PENGAJIAN 
Sistem Pengajian yang dilaksanakan di Ma’ahad al-Fathul al-Islami
adalah selama enam tahun. Pembelajaran akan bermula dari tahun satu
sehinggalah ke tahun enam. Manakala, dalam setahun pengajiannya akan dijalankan
kepada dua semester sepertimana sistem yang telah dilaksanakan pada
institusi-institusi di Malaysia. Pelaksanaan Semester Pertama akan bermula pada
pertengahan bulan september dan berakhir sekitar penghujung bulan januari.
Kemudian, pada Semester Kedua pula akan bermula pada awal bulan dua sehingga
akhir bulan lima. Hari pengajian bagi setahun adalah selama 122 hari dan cuti
musim panas adalah selama dua bulan setengah.
            Waktu pengajian bagi ma’ahad al-Fathul al-Islami
adalah pada sebelah pagi iaitu akan 
bermula pada jam 7.30 pagi dan akan berakhir pembelajarannya pada jam
2.00 petang. Kemudian, pada pukul 2.15 petang sehingga 7.30 malam mengikut
jadual yang di tetapkan. Manakala, pengajian yang dijalankan selama lima hari
dalam seminggu yang akan bermula dari hari Ahad sehingga khamis, cuti mingguan
pula akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada hari Jumaat dan juga Sabtu.
Waktu pengajian pada bulan Ramadhan pula akan dikurangkan sebanyak 3 jam dalam
sehari. Bagi nisbah kehadiran dipermulaan tahun
pertama mestilah sebanyak 50% ke atas. Kemudian, Tahun kedua sebanyak 70% dan
Tahun ketiga sebanyak 80%.
            Peperiksaan diadakan sekitar bulan Jun selama sebulan bagi tahun
satu dan dua, manakala bagi tahun tiga dan pengajian Master peperiksaan pada
sekitar bulan Jun dan Julai. Peperiksaan pula akan dijalankan setahun sekali
dan mempunyai ujian ulangan (daur thani) bagi mata pelajaran yang tidak
lulus. Yang mana, akan jalankan sebulan selepas keputusan peperiksaan (natijah)
diumumkan. Pelajar tidak akan dinaikkan ke tahun seterusunya jika gagal lebih
dari empat mata pelajaran (madah)[1].
Sukatan
Pelajaran Ma'ahad Fathul Islami akan permula pada tahun pertama hingga tahun
enam. Pengajian pula akan mengikut mata pelajaran yang telah dikhususkan
sepertimana pada jadual tersebut.
| 
Bil | 
Mata
  Pelajaran Tahun 1 | 
Mata
  Pelajaran Tahun 2 | 
Mata
  Pelajaran Tahun 3 | |
| 
1. | 
Al-Quran
  29-30 | 
Al-Quran
  27-28 | 
Al-Quran
  25-26 | |
| 
2. | 
Tafsir | 
Tafsir | 
Tafsir | |
| 
3. | 
Al-hadis
  As-Syarif | 
Al-hadis
  As-Syarif | 
Al-hadis
  As-Syarif | |
| 
4. | 
Fiqh
  (hanafi) | 
Fiqh
  (hanafi) | 
Fiqh
  (hanafi) | |
| 
5. | 
Tauhid | 
Tauhid | 
Tauhid | |
| 
6. | 
Nahu | 
Nahu | 
Nahu | |
| 
7. | 
I'rab | 
I'rab | 
I'rab | |
| 
8. | 
Akhlak | 
Akhlak | 
Akhlak | |
| 
9. | 
Al-Mahfuzat(Matan
  Jauharah dan Bad'ul-Amali) | 
Al-Mahfuzat(Rahabiyyah
  dan Baiquniyyah) | 
Al-Mahfuzat | |
| 
10. | 
Al-Qiraah | 
Al-Qiraah | 
Mustolah
  Hadis | |
| 
11. | 
Imlak
  dan Khat | 
Imlak
  dan Khat | 
Imlak
  dan Khat | |
| 
12. | 
Matematik | 
Matematik | 
Matematik | |
| 
13. | 
Geografi | 
Geografi | 
Geografi | |
| 
14. | 
Tarikh(sejarah) | 
Tarikh(sejarah) | 
Tarikh(sejarah) | |
| 
15. | 
Sains | 
Sains | 
Sains | |
| 
16. | 
Tarbiyyah
  Qaumiyyah(sosiologi) | 
Tarbiyyah
  Qaumiyyah(sosiologi) | 
Tarbiyyah
  Qaumiyyah sosiologi) | |
| 
17. | 
Bahasa
  Inggeris | 
Bahasa
  Inggeris | 
Bahasa
  Inggeris | |
| 
18. | 
Ta'bir
  (karangan) | 
As-Sirah | 
Balaghah | |
| 
19. | 
Adab
  Arabi | 
Khitobah | ||
| 
Mata
  Pelajaran Tahun 4 | ||||
| 
Bil | 
Subjek | 
Kitab | 
Pengarang | |
| 
1 | 
Fiqh-juzuk
  1,2 | 
Ikhtiyar
  Lita'lil Mukhtar | 
Imam
  Musili Al-Hanafi | |
| 
2 | 
Hadis | 
Bulughul
  Maram | 
Ibnu
  Hajar Al-Asqalani | |
| 
3 | 
Akhlak | 
Risalah
  Al-Qusyairiah | 
Abdul
  Karim Hawazin | |
| 
4 | 
Nahu | 
Syarah
  Ibnu Akil-juzuk 1 | 
Ibnu
  Aqil | |
| 
5 | 
Saraf-Bab
  1 | 
Syazul
  Uruf | 
Sheikh
  Ahmad Hamlawi | |
| 
6 | 
Usul
  Fiqh | 
Muzhib
  Fi Usul Al-Mazhab | 
Dr.
  Waliyuddin Farfur | |
| 
7 | 
Usul
  Hadis | 
Syarah
  Matan Baiquniyah | 
Sheikh
  Abdullah Sirajuddin | |
| 
8 | 
Ahwal
  Syakhsiah | 
Fawaid
  Al-Aliyyah | 
Sheikh
  Muhammad Qadari Basyar | |
| 
9 | 
Sirah | 
Fiqh
  Sirah | 
Dr.
  Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi | |
| 
10 | 
Balaghah | 
Balaghah
  Wadhihah | 
Sheikh
  Ali Al-Jarumi dan Sheikh Mustaffa Amin | |
| 
11 | 
Al-Arudh | 
Al-Mizan
  Al-Zahab | 
Dr.
  Ahmad Hashimi | |
| 
12 | 
Tauhid | 
Syarah
  Shawi Fi Jauharah At-Tauhid | 
Sheikh
  Ahmad bin Mohd Al-Maliki As-Shawi | |
| 
13 | 
Faraidh | 
Rahabiyyah
  Ala Mazhab Syafiiyah | 
Sheikh
  Rahabiyyah | |
| 
14 | 
Tafsir | 
Tafsir
  Nasafi | 
Sheikh
  Abdullah b. Ahmad Nasafi | |
| 
15 | 
Sastera | 
Tarikh
  Al-Adab Al-Arabi | 
Sheikh
  Ahmad Hassan Ziyad | |
| 
Mata
  Pelajaran Tahun 5 | ||||
| 
Bil | 
Subjek | 
Kitab | 
Pengarang | |
| 
1 | 
Al-Quran | 
Tilawah
  Dan Tajwid | ||
| 
2 | 
Al-Quran
  (Hafazan) | 
(Al-Baqarah) | ||
| 
3 | 
Tafsir | 
Tafsir
  Ayat Ahkam | 
Dr.
  Mohd Ali Sayyis | |
| 
4 | 
Hadis-Bab
  Ibadat (tathbiqiyyah) | 
Syarah
  Bulughul Muram | 
Dr.
  Nuruddin Al-Itr | |
| 
5 | 
Fiqh
  3-4 | 
Ikhtiyar
  Lita'lil Mukhtar | 
Imam
  Abdullah Bin Mahmud Al-Mausili | |
| 
6 | 
Usul
  Fiqh | 
Ifadhatul
  Anwar | 
Al-Imam
  Muhammad Bin Ali Al-Hasqawi | |
| 
7 | 
Mustalah
  Hadis | 
Muqaddimah
  Ibnu As-Solah | 
Al-Imam
  Ibnu As-Solah | |
| 
8 | 
Nahu | 
Syarah
  Ibnu Akil 3-4 | 
Imam
  Abdullah Bin Aqil | |
| 
9 | 
I'rab | 
Panduan
  daripada Ustaz dan Praktikal | ||
| 
10 | 
Sorof | 
Syazal
  Arf Fi Al-Fan As-Sorf | 
Sheikh
  Ahmad Hamlawi | |
| 
11 | 
Usul
  Nahu | 
Al-Iqtirah | 
Al-Imam
  Jalaluddin As-Suyuti | |
| 
12 | 
Balaghah | 
Al-Ma'ani
  Balaghah Fi Dhauil Quran Wal Sunnah | 
Sheikh
  Dr Abd Fatah Lashin | |
| 
13 | 
Mantik | 
Idhah
  Mubham | 
Sayid
  Ahmad Ad-Damanhuri | |
| 
14 | 
Tauhid | 
Syarhul
  Aqaid An-Nasafiyyah | 
Al-Imam
  At-Taftazani | |
| 
15 | 
Akhlak | 
Risalah
  Al-Qusyairiah syamail al muhammadiyyah | 
Imam
  qusyairi 
Sayid
  Abdullah Sirajuddin | |
| 
Maktabah
  (Science Library) | 
Lamahat
  Fi Al-Maktabah wal-Bahsi wal-Masadir | 
Dr.
  Muhammad | ||
| 
16 | 
Adab | 
Tarikh
  Al-Adab Al-Arabi | 
Sayid
  Ahmad Hasan Az-Zayyat | |
| 
17 | 
Khutbah | 
Panduan
  daripada Ustaz dan Praktikal | 
Dr.
  Mustafha Sayid Al-Khin 
Sayid
  Muhammad Lutfi Al-Fayyumi | |
| 
18 | 
Arudh | 
Mizan
  Az-Zahab | 
Sayid
  Ahmad Al-Hashimi | |
| 
19 | 
Ulum
  Al-Quran | 
Ulum
  Al-Quran Al-Karim | 
Dr
  Nuruddin Al-Itr | |
| 
20 | 
Faraidh | 
Syarah
  As-Sirajiyyah | 
Imam
  Ali Bin Muhammad Al-Jurjani | |
| 
21 | 
Fizik
  Kimia | 
Teks
  Maahad | 
Ustaz
  Muhammad Bassam Al-Kharrat | |
| 
22 | 
English | 
Project
  English Three Oxford Universiti Press | 
Tom
  Hutchinson | |
| 
Mata
  Pelajaran Tahun 6 | ||||
| 
Bil | 
Subjek | 
Kitab | 
Pengarang | |
| 
1 | 
Fiqh-Juzuk
  3,4 | 
Ikhtiyar
  Lita'lil Mukhtar | 
Imam
  Musili Al-Hanafi | |
| 
2 | 
Hadis-ahwal
  syakhsiyyah | 
Bulughul
  Muram (Usrah Dan Kemasyarakatan) | 
Ibnu
  Hajar Al-Asqalani | |
| 
3 | 
Akhlak | 
Risalah
  Al-Qusyairiah | 
Abdul
  Karim Hawazin | |
| 
4 | 
Saraf-Bab
  3 | 
Syazul
  Uruf | 
Sheikh
  Ahmad Hamlawi | |
| 
5 | 
Nahu | 
Mughni
  Labib | 
Ibnu
  Hisyam Al-Ansari | |
| 
6 | 
Mantik | 
Dhawabit
  Makrifah | 
Sheikh
  Abdul Rahman Al-Habannakah | |
| 
7 | 
Usul
  Fiqh | 
Syarah
  Taudhih Ala Tanqih | 
Sheikh
  Abidullah Mas'ud Mahbubi | |
| 
8 | 
Usul
  Hadis | 
Usul
  Hadis | 
Ibnu
  Salah | |
| 
9 | 
Ahwal
  Syakhsiah | 
Al-Fawaid | 
Sheikh
  Muhammad Qadari Basyar | |
| 
10 | 
Balaghah | 
Dalailul
  Ikjaz | 
Sheikh
  Abdul Qahir Al-Jurjani | |
| 
11 | 
Usul
  Nahu | 
Al-Iqtirah | 
Imam
  Jalaluddin As-Sayuti | |
| 
12 | 
Tauhid | 
Al-Aqaid
  An-Nasafiyyah | 
Imam
  Nasafi | |
| 
13 | 
Faraidh | 
Syarah
  Rahabiyyah | 
Sheikh
  Muhammad Adnan Darwiysh | |
| 
14 | 
Tafsir | 
Tafsir
  Ayat Ahkam | 
Dr.
  Mohd Ali Sayyis | |
| 
15 | 
Sastera | 
Tarikh
  Adab Arabi | 
Sheikh
  Ahmad Hassan Ziyyad | |
| 
16 | 
Usul
  Dakwah | 
Manhaj
  Dakwah | 
Nota
  Dokto | |
Manakala, bagi sukatan pengajian untuk ijazah sarjana muda pula yang dinamakan (Qisim Takhasus) dilaksanakan dengan bercorak kaedah sistem pengajian Jamiah. Yang mana, telah mengendalikan pengajian selama 4 tahun. Qisim takhassus ini ditadbir oleh anak kepada Syeikh Solah Farfur iaitu Dr. Hussamuddin Farfur yang merupakan salah seorang ulama’ yang disegani di Damascus. Antara sukatan pengajian yang dilaksanakan di ma’ahad tersebut :
1.     
Syariah.
2.     
Usuluddin.
3.     
Syariah dan Undang-undang. (lelaki sahaja)
4.     
Sastera Arab.
5.     
Sejarah dan Ketamadunan.
6.     
Pengajian Islam dan Bahasa  Arab.
7.     
Kewartawanan dan Penerangan.
8.     
Qiraat.
9.     
Ekonomi Islam.
Manakala, sukatan Pengajian peringkat Master
pula ialah : 
1.       
Bahasa Arab
2.       
Usuluddin
3.       
Syariah
4.       
Dakwah (dalam pelbagai bahasa)
Nurfariza bt Hawari                        D20082033794
Aida Yusrina bt Mohammed Yunus  D20082033803
Siti Norhidayah bt Suaaid                D20082033806
 

 
ada lagi ke pelajar malaysia di sini ?
ReplyDeleteBagaimana cara kami ingin memohon kemasukan anak dan prosesnya? ada apa-apa cara ata bahan yang boleh disarankan untuk kami rujuk? Berapakah kelayakan umur pelajar untuk memohon? serta kriteria kelayakan yang diperlukan. Mohon admin sudi membantu untuk pencerahan.
ReplyDelete