Monday 17 December 2012

Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman



Nama Ahli Kumpulan :


1) NOOR LELA BT LAMSUN ( D20082034045 )

2) SHARIFFAH ANIZA BT SHARIF KURAIS ( D20082033807 )

3) NOR SHIDAWATI BT MD.ALI ( D20082034033 )


Sistem Pengajian di Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman


Sistem pengajian di Universiti Al-Iman Sana’a Yaman berpandukan kepada Takwim Hijri. Tahun pengajian terbahagi kepada 3 semester iaitu semester pertama (Muharam-Rabiul Akhir), semester kedua (Jamadil Awal-Sya’ban), semester praktikal (Syawal-Zulkaedah). Sesi pengajian bermula selepas selepas solat Subuh sehingga sebelum Zohor setiap hari kecuali hari Jumaat. Selain itu, mahasiswa diwajibkan menghadiri semua kuliyah, jika kurang dari 85% kehadirannya bagi setiap subjek, dia tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan bagi subjek tersebut dan dianggap gagal. Pengajian takhassus hanya bermula pada tahun 4 pengajian, nisbah pengajian subjek-subjek takhassus adalah 20% dari keseluruhan jam pengajian (dari tahun 4 – tahun 7).

Seterusnya, tempoh pengajian di universiti adalah selama 10 tahun Hijri dan terbahagi kepada dua peringkat iaitu Peringkat Pertama (Marhalah Umum). Tempoh pengajian adalah selama 7 tahun. Walaubagaimanapun mahasiswa akan diberikan Ijazah Sarjana Muda selepas lulus pengajian tahun 4, dan selepas tamat tahun 7 serta menyempurnakan bahas takmiliy atau menduduki imtihan syamil, mahasiswa akan diberikan Ijazah Masyikhah (Sarjana). Manakala Peringkat kedua iaitu Marhalah Takhassus ‘Aliyah. Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun. Mahasiswa yang tamat pengajian ini akan diberikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).


Bidang Pengajian 

Universiti Al-Iman mempunyai empat fakulti dan setiap fakulti mengandungi beberapa jabatan. Di antara jabatan yang terdapat dalam Fakulti Al-Iman ialah Jabatan Qiraat, Jabatan Ulum Al-Quran, Jabatan Ulum Al-Hadis, Jabatan Al-Iman, Jabatan Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran & As-Sunah, Jabatan Tazkiyah dan Tarbiyah Kuliyah Syari’ah, Jabatan Fiqh, Jabatan Usul Al-Fiqh, Jabatan Bahasa Arab, Jabatan Al-Qadha’ (Undang-Undang) iaitu khusus untuk siswa sahaja, seterusnya Fakulti Dakwah dan Penyiaran mempunyai beberapa jabatan juga iaitu Jabatan Dakwah, Jabatan Al-I’lam Al-Islami (Penyiaran Islam), manakala Fakulti Ilmu Kemanusian mempunyai tiga jabatan iaitu Jabatan Siyasah Syar’iyah, Jabatan Mu’amalat dan Ekonomi Islam dan Jabatan Ekonomi Rumahtangga (khusus untuk siswi sahaja).


Keistimewaan Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman


Terdapat tiga jabatan pengajian yang tidak terdapat di mana-mana universiti lain di dunia kecuali di Universiti Al-Iman, Yaman iaitu Jabatan Tazkiyah, Jabatan Iman dan Jabatan Pengajian Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Selian itu, sebahagian buku teks pengajian diberikan secara percuma. Sesi pengajian pula bermula selepas selepas solat fardhu Subuh. Semua mahasiswa tidak akan tamat pengajian kecuali setelah menghafal 30 juz Al-Quran.

Di samping itu,Universiti Al-Iman menyediakan pusat pengajian Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar antarabangsa (bukan Arab), sebagai persediaan bagi mereka sebelum memasuki kuliyah. Dewan kuliyah mahasiswa dan mahasiswi juga adalah berasingan, mahasiswi mengikuti kuliyah pengajian melalui sistem CCTV, mereka juga boleh berinteraksi dengan pensyarah melalui telefon. Manakal dari segi silibus pula, pengajian adalah berasaskan kitab turath yang dipelajari sepenuhnya dari kulit ke kulit.


Kemudahan yang disediakan di Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman


Asrama bujang dan rumah kelamin disediakan secara percuma di dalam kawasan kampus. Selain itu, kediaman pensyarah juga ditempatkan di dalam kawasan kampus bagi memudahkan mahasiswa mendampingi dan berinteraksi dengan mereka di luar waktu kuliyah. Pusat jagaan kanak-kanak (nursery), tadika dan sekolah juga disediakan di dalam kawasan kampus.
manakal sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam disediakan secara percuma.
Justeru, sebuah pusat kesihatan (klinik) yang menyediakan rawatan secara percuma (ubat dibeli sendiri). Universiti Al-Iman juga menyediakan pengangkutan (bas) bagi mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di luar kampus dengan bayaran yang berpatutan. 


Mahasiswa Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman



Responden 1 :


Nama responden pertama ialah Muhammad Najmudin bin Ismail. Beliau dilahirkan pada 12 Mac 1988 di Kampung Jerong Seberang, Marang Terengganu dan kini berusia 24 tahun. Beliau Beliau mempunyai 10 orang adik-beradik. Pendidikan beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Jerong, Marang. Pada tahun 2000 beliau telah menduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan 4A 1C. Seterusnya beliau meneruskan pengajian di peringkat Sekolah Menengah di SMKA Durian Guling, Marang Terengganu bermula pada tahun 2001 sehingga tahun 2003. Pada tahun 2003, beliau menduduki peperiksaan PMR dan telah mendapat keputusan cemerlang iaitu 6A, 2B dan 1C. Kemudian beliau mendapat tawaran dari Institut Al-Qur’an Terengganu (IQT) Padang Midin, Marang Terengganu. Pada tahun 2005, beliau telah menduduki sekali lagi peperiksaan iaitu SPM dan beliau mendapat keputusan 3A1, 4B3, 1C6 dan 1E8. Kemudian beliau menyambung lagi pelajaran di peringkat Diploma dalam bidang Usuluddin di Kolej Islam Antarabangsa, Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan (KIAS) pada tahun 2009 sehingga 2011. Kemudian setelah tamat pengajian di peringkat Diploma, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Iman Sana’a Yaman dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. 

Menurut perkongsian daripada beliau, penerbangan dari KLIA ke Sana’a Yaman telah diuruskan oleh kedutaan Malaysia di Yaman. Mereka mendapat layanan yang sangat baik dari pihak kedutaan Malaysia di Yaman dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman sangat mengambil berat terhadap kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Selain itu, menurut beliau setelah tiba di Yaman, suasana dan keadaan masyarakat Yaman sangat baik kerana mereka tidak terlalu terdedah dengan budaya Barat. Mereka sangat kuat berpegang dengan ajaran Islam dan budaya tempatan. Sistem pembelajaran di Yaman juga sangat memberangsangkan dan sangat berkesan untuk mendpatkan ilmu kerana kaedah belajar secara “talaqqi” kitab agama dari sebuah kitab ke sebuah kitab sehingga khatam. Manakala dari segi pergaulan pula, beliau menyatakan mereka sentiasa bergaul dengan masyarakat tempatan agar dapat mempelajari bahasa arab secara mendalam. 

Selain itu, pihak Universiti al-Iman juga ada menyediakan makanan secara percuma kepada pelajar-pelajarnya. Namun, beliau tidak dapat mengambil peluang secara percuma tersebut kerana tidak sesuai dengan selera rasa makanan arab dengan makanan Malaysia. Selama berada di Yaman, beliau sangat teruja dan selesa dengan sistem pembelajaran di Universiti al-Iman disebabkan belajar secara “talaqqi” ini membolehkan para pelajar dapat menguasai ilmu secara mendalam. Selain itu, menurut responden lagi, beliau suka berbincang serta belajar dengan ustaz yang balik dari Yaman dari segi keilmuan dan penguasaan Bahasa Arab yang sangat baik dan mantap. 

Selain itu, di Sana’a ibu negara Yaman juga terdapat beberapa buah Universiti lagi seperti Universiti Teknologi, Universiti Ulum, Universiti Yamaniah dan banyak lagi. Di universiti ini, sistem pengajiannya berbeza dengan Universiti Al-Iman kerana di Universiti al-Iman kerana mewajibkan pelajarnya menghadiri kelas-kelas biasa atau kuliah seperti di Malaysia sedangkan Universiti yang lain seperti di atas mewajibkan pelajar menduduki peperiksaan dan kelas tidak diwajibkan seperti di Universiti Al-Azhar di Mesir. Oleh itu, ada pelajar yang belajar di Universiti al-Iman dan mendaftar untuk mendapatkan sijil atau ijazah di Universiti lain dalam tempoh masa 4 tahun seperti di Malaysia. Manakala di Universiti al-Iman mengambil masa selama 7 hingga 8 tahun untuk mendapatkan sijil atau ijazah berserta dengan M.A (Master). Oleh itu, pelajar masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan ijazah di mana-mana Universiti di Yaman dan apabila balik ke Malaysia mereka terus boleh menyambung pengajian di peringkat Sarjana atau M.A di mana-mana di Universiti Malaysia. 

Menurut responden lagi, sistem pendidikan di Yaman adalah yang terbaik ke arah melahirkan ilmuan dan alim Ulamak yang mantap menguasai sesuatu bidang ilmu. Namun, apa yang diharapkan suatu masa nanti akan mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar lebih ramai alim ulamak dan ilmuan akan lahir di Malaysia dan lebih ramai pelajar Malaysia dapat melanjutkan pengajian ke Yaman. Menurut pendapat responden, di antara impian beliau ialah bercita-cita ingin mencari ilmu sebanyak mungkin dan boleh menyampaikan ilmu kepada masyarakat di Malaysia agar Islam akan terus bersinar di bumi Malaysia dan bumi Allah ini. InshaAllah..


Responden 2:


Nama responden yang kedua ialah Mohd Zainal bin Zakaria. Berumur 30 tahun. Beliau telah dilahirkan pada 5 Mei 1982 di Kampung Kubang Palah, Wakaf Baru, Kelantan Darul Naim. Beliau mempunyai 7 orang adik-beradik kesemuanya. Beliau menuntut di Universiti Al-Iman Sana’a Yaman dalam bidang Bahasa Arab. Pendidikan beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung, Wakaf Baru Kelantan iaitu bermula dari tahun 1 sehingga tahun 6. Pada tahun 1993 beliau menduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan 1B 3C sahaja. Namun, beliau tidak berputus asa dan beliau meneruskan pengajian di peringkat Sekolah Menengah di SMK Mahmud Mahyidin Pekan Kelantan. Beliau bersekolah di sekolah tersebut sehingga menamatkan pengajian diperingkat STPM pada tahun 2000. Kemudian, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Darul Qur’an Wal Hadith P.Pekan Wakaf Baru, Kelantan dan setelah itu beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Yaman dalam bidang Bahasa Arab. 

Menurut responden, persekitaran negara Yaman tidak tercemar dengan budaya barat membuatkan beliau selesa menuntut ilmu di sana. Selain itu, negara itu mempunyai persekitaran yang kondusif serta suasana Islam dapat dilihat. Bahasa yang digunakan ialah bahasa arab dan sistem pengajian yang baik dan bebas.

Setelah 4 bulan berada di Yaman, cabaran utama yang dilalui oleh beliau ialah sering berlaku huru-hara, demonstrasi, pergaduhan antara puak dan kumpulan. Hal ini adalah cabaran utama yang perlu dilalui oleh beliau semasa melanjutkan pengajian di Yaman. Dari segi sistem pembelajaran pula, sisitem pengajian yang bebas menyebabkan pelajar tidak tertekan. Selain itu, ilmu juga disampaikan oleh Guru-guru dan Syeikh-syeikh terkenal di Yaman. Di antara impian beliau ialah ingin menjadi seorang pendakwah murabbi yang dapat menegakkan Islam di bumi Allah. InshaALLAH…

3 comments:

  1. Assalamualaikum. sy baru shaja menghabiskan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan berminat ke Universiti Al-Iman. Bagaimana cara untuk apply kemasukan disana? Bagaimana pula kalau perempuan, adakah diterima masuk?

    ReplyDelete
  2. Adakah universiti Al-Iman ini diiktiraf oleh Malaysia?

    ReplyDelete
  3. AsSalam...saya telah tamat hafalan Al-Quran 30 juzuk dgn shahadah.bagaimana kah cara utk sy belajar bahasa arab di universiti Al-Iman?ayah sy org susah dan tak mampu utk pengajian yg terlalu mahal.mohon bantuan dari tn.jazakallahu khairan

    ReplyDelete